Maya Karin, dulu Pontianak kini Puteri Santubong


  • Hiburan
  • Jumaat, 22 Okt 2021

MAYA berada di Kuching, Sarawak minggu lalu untuk bertemu dengan produser, pengarah dan pelakon sebagai persiapan persembahan muzikal tersebut.
PELAKON Maya Karin, 41, yang pernah memenangi anugerah akhirnya tercapai hajatnya untuk memainkan watak sebagai Puteri Satubong, watak utama untuk produksi teater muzikal Puteri Santubong –The Warrior Princess.

“Sudah 10 tahun, saya ingin memainkan watak puteri pahlawan. Sebelum ini, terdapat salinan sebuah filem yang disediakan oleh pengarah Datin Paduka Shuhaimi Baba yang telah memilih saya sebagai pelakon,”

“Tetapi, oleh kerana masalah dana, projek itu terpaksa ditangguhkan bertahun-tahun dan hilang harapan untuk saya memainkan watak puteri pahlawan. Tetapi dengan izin tuhan, impian saya itu kini tercapai,” jelas beliau dalam temu ramah yang disiarkan di YouTube Utusan Borneo Online pada 14 Oktober.

Maya berada di Kuching, Sarawak minggu lalu untuk bertemu dengan produser, pengarah dan pelakon sebagai persiapan persembahan muzikal tersebut.

Persembahan itu akan dipentaskan di Desa Budaya Sarawak Kuching pada 11 dan 12 Disember, serta ditayangkan secara langsung di www.puterisantubong.com.my.

Zahirah McWilson, Zizan Razak, Maya Karin at  Majlis pelancaran filem Bulan & Pria Terhebat. -Art Chen/The Star.
MAYA aktif sebagai pelakon terkenal, hos TV dan penyanyi.


Puteri Santubong -The Warrior Princess adalah kisah mengenai Kerajaan Santubong, yang pernah menjadi sebuah kerajaan yang makmur dan perkasa dalam sejarah Sundaland.

Kerajaan itu dihancurkan oleh banjir besar yang berlaku suatu ketika dahulu.

Cerita ini tertumpu pada kisah dua orang puteri yang turun dari kayangan iaitu Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang.

ereka dihantar ke dunia untuk menyelesaikan masalah diantara dua buah kampung yang berjiran.

Malang sekali, masalah lain yang berlaku apabila kedua orang puteri tersebut bersaing untuk mendapat perhatian dari lelaki yang mereka minat.

Turut membintangi teater itu adalah Azrel Ismail (Raja Kayangan), Sofi Jikan (Dewa Kejora), Anding Indrawani (Datuk Nakhoda) dan Dewi Liana Seriestha (Puteri Sejinjang).

Zaini Zainuddin dan Narawi Rahidi masing-masing memainkan perasan sebagai penerbit eksekutif dan pengarah muzik.

Untuk menjiwai watak, Maya berusaha keras untuk mempelajari Bahasa Melayu Sarawak.

Maya Karin is th elead in Pontianak.
MAYA meraih Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-2004 menerusi watak dalam 'Pontianak Harum Sundal Malam'. Gambar — Filepik


“Saya belajar Bahasa Melayu Sarawak untuk dua bulan yang akan datang. Saya pasti saya akan lebih keliru nanti kerana saya dibesarkan di Indonesia, dan saya masih lagi tidak mengusai Bahasa Melayu sepenuhnya.

“Sekarang, saya belajar Bahasa Melayu Sarawak di mana ayat yang digunakan berbeza. Sebagai contoh, kelakar bermaksud bercakap dalam Bahasa Melayu Sarawak,” kata Maya dalam video menerusi akaun Instagram miliknya 14 Oktober lalu.

Pelakon berbakat ini meraih Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-2004 menerusi watak dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam.

Maya, yang mempunyai kacukan Jerman dan Indonesia, gembira kerana pulang untuk berlakon kini lebih banyak.

“Walaupun ia terhenti selama dua tahun, kini semua berjalan lancar. Saya bersyukur kerana perjalanan saya dalam bidang seni ini berjaya,” kata Maya, yang membintangi filem Olympic Dream dan Abang Long Fadil 3.

Teater muzikal ini ditaja oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak dan Desa Budaya Sarawak. — The Star

maya karin, puteri, teater, muzikal, sarawak