'Tolong hormati hak pejalan kaki'


  • Tular
  • Jumaat, 22 Okt 2021

TANGKAP layar rakaman kamera papan pemuka sebuah kereta yang menunjukkan dua pemandu kereta tidak menghiraukan lampu merah di lintasan pejalan kaki. — Facebook

SATU video memaparkan dua buah kereta melanggar lampu isyarat merah di laluan pejalan kaki tular di media sosial.

Kejadian dilaporkan berlaku di sekitar Petaling Jaya, Selangor pada pagi Khamis.

Menurut video yang dikongsi di laman Facebook DashCam Owners Malaysia itu, walaupun terdapat pejalan kaki yang sedang melintas, kedua-dua pemandu kereta itu dilihat tidak menghiraukan mereka.

Video tersebut dikongsi oleh pemandu kereta yang berada di laluan bersebelahan kedua-dua kereta terbabit yang merekod kejadian itu menggunakan kamera papan pemuka (dash camera).

Salah sebuah kereta itu turut hampir memecut laju ketika seorang pejalan kaki sedang melintas sehingga menyebabkan pejalan kaki itu terkejut dan cuba mengelak.

Tindakan berbahaya kedua-dua pemandu kereta itu mendapat kecaman netizen di media sosial yang menyifatkan mereka sebagai 'tiada sivik'.

Sebilangan netizen turut berpesan kepada pengguna jalan raya supaya menghormati hak pejalan kaki dan tidak melakukan perbuatan yang boleh mengundang bahaya kepada pejalan kaki. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram