SUDAH pasti peminat filem adiwira yang diadaptasi dari DC Comics tidak sabar menunggu tayangan The Batman apatah lagi trailer pertamanya telah dilancarkan pada Sabtu.
Trailer berdurasi hampir tiga minit itu menampilkan bandar Gotham yang gelap dan kotor selain menampilkan semula beberapa musuh Batman.
Warner Bros dan DC Comic membuat tayangan pertama trailer filem tersebut di acara DC FanDome, yang gergasi komik itu juga melancarkan treler baharu untuk The Flash dan Black Adam.
Menerusi trailer filem arahan Matt Reeves, watak Batman yang dimainkan oleh Robert Pattinson dilihat sarat dengan aksi ketika berdepan dengan musuh-musuhnya dan sudah tentu prestasi lakonan aktor ini akan menjadi perhatian memandangkan ia merupakan penampilan pertamanya menggantikan Ben Affleck.
Watak Selina Kyle atau Catwoman juga kelihatan menerusi trailer itu yang mana dimainkan oleh Zoë Kravitz selain turut menampilkan Paul Dano sebagai Riddler dan Colin Farrell sebagai Penguin.
Filem Batman adalah salah satu francais studio yang paling penting dan menguntungkan apabila siri filem ini menghasilkan lebih dari AS5 bilion (RM20 bilion) menerusi box office global sejak tahun 1989 menurut Comscore.
Penampilan Pattinson dalam filem ini menjadikannya sebaris dengan pelakon terkenal lain termasuk Michael Keaton, Christian Bale dan Ben Affleck yang pernah menyarung Batsuit.
Warner Bros sebelum ini dikhabarkan merancang untuk memberi nafas baharu beberapa watak DC Entertainment dengan memfokuskan jalan cerita yang lebih menarik dan The Batman dilihat tidak terkecuali.
The Batman akan mula ditayangkan pada bulan Mac 2022 setelah dua kali ditunda kerana pandemik Covid-19. — Agensi