Seni boleh jadi terapi kesihatan


  • Sihat
  • Sabtu, 28 Ogos 2021

SENI berfungsi merangsang minda dan jiwa serta membantu mengaktifkan kedua-dua belah otak. — Agensi

SENI tidak hanya terhad kepada kreativiti sebaliknya ia lebih dari itu, kata artis visual Aarrti Zaveri.

Selama berabad-abad lamanya, manusia menggunakan seni bagi meluahkan perasaan dan meningkatkan kesejahteraan mereka.

Hubungan antara seni dan jiwa dapat diinspirasikan dari masa lalu melalui pelbagai kegiatan seperti sketsa dan melukis.

Ia penting bagi mengekspresikan emosi, mengurangkan tekanan dan kemurungan.

Warna, corak dan sebagainya berfungsi sebagai terapi bagi individu yang mengalami emosi negatif serta memberikan kelegaan.

Zaveri berkata, anda tidak perlu menjadi artis profesional untuk menjadikan seni sebagai satu terapi. Sesiapa sahaja boleh merasakan sensasinya.

Seni berfungsi pada minda dan jiwa serta membantu mengaktifkan kedua-dua belah otak. Ia juga adalah terapi yang mampu memupuk kesejahteraan mental.

Dari segi fizikal yang melibatkan deria sentuhan, bau dan penglihatan pula, seni membantu mengatur degupan jantung dan pergerakan otot.

Pada masa sama, jelas Zaveri, seni juga mampu menyembuhkan masalah seperti keresahan, kemurungan, gangguan makan dan emosi, gangguan tekanan pasca trauma (PTSD), dan tekanan darah tinggi.

Otak seseorang juga boleh berkembang luar dari jangkauan melalui seni tradisional.

Ini termasuk bermain dengan bahan seperti kadbod, pakaian lama, kain selimut atau luaskan definisi anda di luar seni visual seperti pergerakan, muzik atau tulisan.

Oleh itu, biarkan seni melukis fikiran, tubuh dan jiwa anda supaya tenaga positif hadir untuk melepaskan diri anda daripada sebarang tekanan. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

seni, terapi, kesihatan