LUKISAN kanvas terbesar di dunia telah dijual hasil daripada lelongan di Dubai dengan harga £ 45 juta (RM2.6 bilion).
Karya seni yang dinamakan The Journey of Humanity itu dihasilkan oleh artis dari Britain, Sacha Jafri pada tahun lalu dan diperakui oleh Guinness Book of World Records sebagai lukisan terbesar yang pernah ada.
Berukuran lebih dari 17,000 kaki persegi, karya itu dihasilkan di Dubai ketika perintah berkurung dan dan mempunyai 70 bahagian berbingkai.
Penganjur acara lelongan berkata, diskaun bagi lukisan itu diberi hampir dua kali ganda dari jumlah sasaran.
Lukisan berkenaan dibeli oleh pengusaha cryptocurrency Andre Abdoune.
Hasil jualan itu akan disumbangkan ke badan amal kanak-kanak di lebih daripada 140 negara.
Hasil jualan The Journey of Humanity akan disumbangkan kepada badan amal. — AGENSI
The Journey of Humanity sebelum ini telah dipamerkan di Hotel The Palm, Atlantis untuk dijual.
Abdoune berkata, beliau berasal dari keluarga miskin dan pernah merasai kebuluran.
“Tetapi sekurang-kurangnya saya masih mempunyai kasih sayang dan sokongan ibu bapa dan pernah bersekolah.
“Lukisan itu amat memberi makna kepada saya dan saya rasa serba salah jika memisahkan kepingan-kepingan itu,” katanya.
Luas permukaan segmen lukisan itu hampir sama dengan saiz empat buah gelanggang bola keranjang. — Agensi