Habiskan masa 200 jam siapkan satu lukisan


  • Hobi
  • Ahad, 29 Ogos 2021

PELUKIS kelahiran Australia, Catherine Jenna Hendry bukanlah seperti kebanyakan artis dalam kategorinya.

Apa yang membezakan wanita itu dengan pelukis lain adalah setiap karyanya dijual terus kepada para pengumpul lukisan menerusi media sosial milik Hendry sendiri berbanding menjualnya di galeri.

"Dahulu, artis perlu menunggu galeri untuk mempamerkan karya anda. Orang ramai perlu datang ke pameran apabila galeri membuat pameran tentang karya anda.

"Kini anda boleh mempamerkan lukisan pada bila-bila masa sahaja," ujar Hendry seperti dipetik oleh Oddity Central.

Hendry, 33, merupakan seorang pelukis yang mampu 'menterjemahkan' lukisannya itu seolah-olah seperti objek sebenar.

Objek seperti beg keras, sarung tangan petinju atau bunga dilukis dengan penuh teliti oleh Hendry.

Hendry menghabiskan masa kira-kira antara 80 dan 200 jam untuk menyiapkan setiap lukisannya.

Pemeriksaan secara dekat ke atas lukisannya menunjukkan ketelitian dan kemampuan Hendry bagi menonjolkan setiap karyanya sebagai objek sebenar.

Hendry pernah bekerjasama dengan pereka fesyen terkenal seperti Christian Louboutin.

Wanita tersebut juga pernah melukis untuk penyanyi terkenal Amerika Syarikat (AS), Kanye West. — AGENSI

Lukisan, media sosial