USIA kehamilan isteri kepada pelakon Raffi Ahmad iaitu Nagita Slavina kini sudah memasuki trimester ketiga dan pasangan itu dikatakan tidak sabar untuk bertemu cahaya mata kedua itu.
Memetik laporan portal Liputan 6, Raffi memberitahu isterinya memilih untuk melahirkan zuriat kedua itu secara pembedahan seperti kelahiran anak yang pertama.
"Dia mahu melahirkan secara pembedahan," kata Raffi menerusi sebuah video yang dimuatnaik di saluran YouTube Rans Entertainment.
Raffi memberitahu dia tidak mempunyai masalah untuk memenuhi permintaan isterinya asalkan proses kelahiran itu berjalan dengan selamat.
"Saya sendiri tidak faham kenapa dia mahu seperti itu, tapi tak mengapalah kerana yang terpenting anak dan ibunya selamat dan sihat," katanya.
Pada masa sama, Raffi turut memberitahu buat masa ini dia dan isterinya sedang membuat persiapan dan memilih tarikh yang sesuai untuk isterinya melahirkan bayi mereka.
"Adik Rafathar akan lahir dua bulam sahaja lagi. Doktor jangka waktu melahirkan akhir November atau awal Disember.
"Tapi Nagita memilih untuk lahirkan bayi pada November, jadi kami sedang pilih tarikhnya," katanya.
April lalu, Raffi mengumumkan bahawa isterinya hamil anak kedua selepas enam tahun menanti.
Raffi mendirikan rumah tangga dengan Nagita pada 2014 dan mereka dikurniakan putera pertama bernama Rafathar Malik Ahmad yang kini berusia enam tahun. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram