Anak lelaki Shah Rukh Khan disiasat kes salah guna dadah


  • Hiburan
  • Isnin, 04 Okt 2021

ARYAN Khan (kanan) boleh didakwa di bawah Akta Narkotik dan Bahan Psikotropik (NDPS) 1985 jika sabit kesalahan. — Agensi

ANAK lelaki kepada aktor Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan iaitu Aryan Khan ditahan Narcotics Control Bureau (NCB) dalam serbuan penyitaan dadah di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai, India pada Ahad.

Memetik laporan berita New18, dalam sebuan kapal persiaran, Cordelia, NCB telah merampas pelbagai jenis dadah seperti kokain dan hashish daripada individu yang didakwa mengadakan parti di atas kapal tersebut.

Aryan ditahan NCB bagi bagi membantu siasatan lanjut yang mana perbualannya melalui aplikasi WhatsApp turut diperiksa.

Dia boleh didakwa di bawah Akta Narkotik dan Bahan Psikotropik (NDPS) 1985, sekiranya NCB menemui kaitan antaranya dan sitaan dadah tersebut.

“Berdasarkan maklumat, pegawai NCB Mumbai melakukan serbuan di kapal persiaran Cordelia, yang menuju dari Mumbai ke Goa pada 2 Oktober 2021.

“Semasa operasi, semua suspek berdasarkan maklumat telah diperiksan pelbagai dadah seperti MDMA/ Ecstasy, Cocaine, MD (Mephedrone) dan charas telah ditemui.

“Seramai lapan orang, termasuk dua wanita telah ditangkap dan kaitan mereka dengan serbuan tersebut sedang disiasat,” kata NCB dalam satu kenyataan pada pagi Ahad.

Difahamkan, bayaran masuk untuk pesta di atas kapal persiaran itu dalam lingkungan Rs1 lakh (RM5,636), dedah seorang pegawai kepada News18.

Minggu lalu, pasukan NCB Mumbai dan Goa dalam operasi bersama telah menangkap rakan kongsi pelakon Bollywood, Arjun Rampal iaitu Gabriella Demetriades dari Goa berkaitan dengan kes dadah.

Biro itu juga merampas sejumlah wang dan menurut sumber, saudara lelaki Gabriella, Agisilaos Demetriades, berketurunan Afrika Selatan juga telah ditangkap NCB pada tahun lepas.

Tangkapan itu merupakan sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap dakwaan penggunaan dadah di Bollywood. —Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram