Britney tulis buku fiksyen, inspirasi pengalaman hidup


  • Hiburan
  • Ahad, 10 Okt 2021

Britney memberitahu bahawa buku berkenaan akan mencabar imaginasi pembaca. — Agensi

PEYANYI sensasi, Britney Spears berkongsi dengan peminat bahawa dia akan menulis sebuah buku fiksyen yang diinspirasikan daripada perjuangan dirinya dalam menempuh liku-liku kehidupan.

Pelantun lagu, Opss.. I Did It Again itu menjelaskan bahawa buku berkenaan akan berkisar tentang roh seorang gadis yang perlu mengatasi trauma dan kesakitan yang dialaminya semasa dia hidup sebelum menyeberang ke alam abadi.

Dalam sebuah hantaran di media sosial Instagram, penyanyi berusia 39 tahun itu berkongsi;

"Saya sedang menulis sebuah buku mengenai seorang gadis yang dibunuh... namun rohnya tersangkut dalam di dunia kerana trauma dan kesakitan dan dia tidak tahu bagaimana menyeberang ke alam di sana.

"Setelah terjebak dalam keadaan seumpama itu selama tiga tahun, dia adalah roh yang boleh menjelmakan dirinya di cermin. Dia tidak mempunyai siapa-siapa yang boleh dipercayai tetapi sesuatu berlaku dan dia memikirkan bagaimana menyeberang ke dunia tempat keluarganya.

“Keluar dari dunia manusia, dia mempunyai keputusan untuk berdepan orang yang membunuhnya atau mencipta kehidupan yang baru.

"Dia tidak lagi memerlukan cerminnya tetapi dia menjumpai sebuah portal yang membantunya untuk tidak takut lagi dan keluar dari dunia manusia. Tetapi apa yang akan saya tinggalkan adalah imaginasi tentang apa yang dia lakukan ketika dia melintasi ke alamnya," tulisnya di ruangan kapsyen.

Katanya lagi, buku tersebut adalah adaptasi daripada konfliknya bersama bapa kandung, Jamie Spears yang mana menjadi sorotan media apabila melibatkan pendakwaan di mahkamah. — Agensi

Britney, buku, kehidupan, konflik, kontroversi