ANAK lelaki Shah Rukh Khan, Aryan Khan ditahan pagi Isnin dekat Mumbai dalam serbuan agensi antidadah di sebuah kapal layar.
Selain Aryan, seramai tujuh lagi individu turut ditahan dalam serbuan tersebut yang diketuai Biro Kawalan Narkotik (NCB).
Hasil siasatan lanjut menemukan 13 gram kokain, 21 gram kanabis, 22 pil methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dan 5 gram dadah jenis mephedrone (MD).
“Kesemuanya termasuk dua wanita ditahan untuk soal siasat,” jelas NCB.
Antara yang ditahan dalam serbuan itu termasuk seorang lelaki disyaki pengedar dadah.
Dalam pada itu, Shah Rukh Khan dilihat meninggalkan kediamannya dan menuju ke pejabat peguam sejurus selepas penahanan Aryan disahkan.
Difahamkan, Aryan akan mengemukakan permohonan untuk diikat jamin. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram