Dikatakan lebih popular di AS, Cinta Laura enggan dibandingkan dengan Agnes Monica


  • Hiburan
  • Rabu, 29 Sep 2021

CINTA Laura (kiri) enggan dirinya dibandingkan dengan artis yang lain termasuk Agnes Monica. — Agensi
NAMA Agnes Monica dan Cinta Laura bukan lagi asing dalam dunia hiburan di Indonesia bahkan kedua-dua artis ini kini giat menempah nama di peringkat antarabangsa menerusi karier masing-masing.

Namun baru-baru ini timbul satu cerita yang mengatakan karier Cinta Laura lebih menyerlah berbanding Agnes Monica.

Menerusi sebuah program temu bual Hotman Paris Show, Cinta Laura enggan dirinya dibandingkan dengan mana-mana nama lain dan mengakui masih banyak yang perlu dipelajari dalam bidang itu.

"Saya tidak rasa lebih popular daripada sesiapa pun.

"Bagi saya, sebagai seorang penghibur, masih banyak perkara yang perlu saya pelajari. Masih banyak pencapaian yang harus saya lakukan untuk menjadi lebih baik lagi dan juga hasilkan karya lebih baik," katanya seperti yang dilaporkan Hops.ID.
106577817_112962116992918_8452392808323833081_n

Selain lakonan Cinta Laura turut aktif dalam karier nyanyiannya.


Pada masa sama, Cinta Laura juga sempat berkongsi perjalanan dan perkembangan kariernya di Amerika Syarikat (AS).

"Saya ke AS kerana sambung pengajian di sana. Selepas tiga tahun tamat pengajian, saya berpindah ke Los Angeles (LA)

"Kebetulan pula saya dikenali oleh pihak pengurusan yang bagus di sana yang mana mahu saya casting beberapa projek besar," katanya.

Berbekalkan bakat lakonan yang baik, Cinta Laura dikatakan telah mendapat beberapa tawaran memegang watak utama dan pembantu utama, salah satunya menerusi The Nannys Watching.

"Tapi saya tidak bermaksud saya adalah artis Hollywood, cuma apa yang saya katakan perkembangan karier saya di sana sangat bagus.

"Pada masa sama, saya juga tidak akan melupakan Indonesia dan terus berkarya di sini," katanya.

Walaupun sibuk dengan karier hiburan, Cinta Laura turut mementingkan pendidikan dan setakat ini dia berjaya menamatkan pengajidan dalam dua jurusan di Universiti Columbia, AS dengan keputusan yang cemerlang. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram