PERSELISIHAN yang berlaku antara aktres Scarlett Johansson dan Walt Disney Co mengenai isu penyiaran filem Black Window berakhir selepas kedua-duanya menemui jalan penyelesaian baru-baru ini.
Memetik laporan portal AsiaOne, syarat penyelesaian antara pihak Disney dan syarikat Periwinkle Entertainment yang mewakili dari Johansson bagaimanapun tidak didedahkan kepada umum.
Julai lalu, Johansson membuat tuntutan terhadap Disney atas dakwaan bahawa syarikat gergasi itu telah melanggar kontrak apabila telah melancarkan tayangan Black Widow menerusi perkhidmatan streaming langganan Disney + ketika filem itu sedang ditayangkan di pawagam.
Namun, Disney menafikan dakwaan pelanggaran kontrak malah mengatakan tunutan Johansson sebagai mengabaikan risiko penonton filem semasa pandemik Covid-19.
"Saya sangat gembira kerana kami dapat mencapai kesepakatan bersama dengan Scarlett Johansson mengenai Black Widow," kata Alan Bergman, ketua konten untuk Disney Studios, dalam satu kenyataan.
Dia mengatakan syarikat itu berharap dapat bekerjasama dengan Johansson dalam beberapa projek yang akan datang.
Pada masa sama, Johansson berkata, dia juga gembira dapat menyelesaikan perselisihan dengan syarikat itu dan berharap dapat kembali menjalin kerjasama selepas ini.
"Saya sangat bangga dengan hasil kerja yang telah kami lakukan bersama selama bertahun-tahun. Saya sangat menghargai kerjasama dengan pasukan itu," katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram