Disney umum tarikh tayangan filem di pawagam


  • Hiburan
  • Sabtu, 11 Sep 2021

Disney terlebih dulu melakukan percubaan dengan menyajikan beberapa filemnya menerusi perkhidmatan penstriman Disney+ dan pada masa sama membuat tayangan di pawagam sejak pandemik Covid-19 melanda. — Agensi

WALT Disney Co akan melancarkan filem Eternals, West Side Story dan beberapa filem lain secara eksklusif di pawagam sebelum membuat tayangan secara penstriman sebagai usaha memperluaskan lagi jumlah tontonan filem terbitan mereka, kata syarikat hiburan gergasi itu pada Sabtu.

Syarikat itu telah melakukan percubaan dengan menyajikan beberapa filemnya menerusi perkhidmatan penstriman Disney+ dan pada masa sama membuat tayangan di pawagam sejak pandemik Covid-19 melanda.

Disney dalam satu kenyataan berkata, filem muzikal Ecanto akan mula ditayangkan di pawagam selama 30 hari bermula 24 November dan ia boleh ditonton menerusi penstriman Disney+ sebelum perayaan Krismas.

Filem yang mengisahkan tentang keluarga yang tinggal di sebuah rumah ajaib di pergunungan Colombia itu turut dijayakan dengan garapan muzik hasil karya Hamilton Lin-Manuel Miranda.

Selain itu Disney turut berkata, filem Marvel Eternals dan West Side Story masing-masing akan ditayangkan pada November dan Disember secara eksklusif di pawagan sekurang-kurangnya selama 45 hari.

Dalam perkembangan lain, filem Marvel terbaharu Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings, baru saja mencatat rekod hujung minggu Hari Pekerja dengan penjualan tiket AS$ 94.7 juta (RM400 juta) di teater Amerika Syarikat dan Kanada.

Namun fiilem yang menampilkan pelakon utama Asia Simu Liu dan Awkwafina itu hanya ditayangkan di pawagam. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Disney, Eternals, West Side Story, Marvel, filem,