SEJAK mendedahkan kehamilannya kepada umum, penyanyi Aurel Hermansyah dilihat sentiasa berada di samping ibu kandungnya iaitu Kris Dayanti.
Namun apa yang menjadi pertanyaan, apakah reaksi Ashanty melihat keadaan itu kerana seperti yang diketahui sebelum bernikah, Aurel berada di bawah jagaannya dan suami, Anang Hermansyah.
"Saya senang hati sahaja melihat mereka seperti itu. Lagi pun mereka ada berkolaborasi dalam nyanyian, sebab itu perlu sentiasa ada bersama," katanya menerusi program temu bual Youtub KH Infotainmen memetik laporan Liputan 6.
Pada masa sama, Ashanty berkata, sejak mendirikan rumahtangga bersama Anang, Aurel jarang bertemu ibunya namun itu tidak bermakna hubungan mereka renggang seperti mana yang disangkakan orang ramai.
Ashanty berkata walaupun jarang bertemu, hubungan antara Aurel dengan Krisdayanti tidak pernah renggang.
"Mereka berdua sejak dahulu memang rapat tak pernah renggang. Ketika ibunya ada konsert di Malaysia, Aurel juga ada datang beri sokongan," katanya.
Ashanty juga mendedahkan, sejak berbadan dua anak tirinya itu berlelakuan lebih manja.
"Dia sekarang sangat manja dan terpaksa dituruti suaminya. Saya ada beri nasihat sebab suaminya juga ada banyak kerja yang perlu dilakukan.
"Saya sendiri setiap hari akan hubungi dia untuk tahu keadaannya. Yang paling penting saya selalu ingatkan supaya tidak perlu berdiet dan makan makanan yang sihat untuk kebaikan dia dan kandungannya," katanya.
Aurel mendirikan rumah tangga dengan selebriti Atta Halilintar pada 3 April dan upacara akad nikah pasangan itu berlangsung di Hotel Raffles, Jakarta.
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram