Tidak puas hati dengan skrip, Cinta Laura tolak tawaran berlakon


  • Hiburan
  • Khamis, 23 Sep 2021

Cinta akui terkejut dengan penjelasan penulis skrip yang mengatakan karekter seorang gadis tidak boleh terlalu menonjol kerana ia bakal membuatkan penonton bosan. — Intagram/CINTA LAURA Cinta Laura

AKTRESS cantik, Cinta Laura mengharapkan lebih banyak penerbit filem di Indonesia dapat menghasilkan lebih banyak karya yang mengetengahkan isu kesetaraan gender.

Ini kerana dia percaya bahawa filem mampu menjadi platform terbaik untuk membuka fikiran rakyat mengenai kesetaraan gender apatah lagi golongan wanita juga mempunyai peranan besar dalam industri filem di Indonesia.

Disebabkan itu, Cinta dilaporkan telah menolak satu tawaran lakonan gara-gara skrip yang diterima tidak seiring dengan hasratnya untuk memartabatkan golongan wanita.

"Pada mulanya, saya sangat tertarik dengan projek itu kerana saya rasakan ia kisah cinta yang boleh buat penonton rasa bahagia. Tapi setelah saya baca skripnya, saya jadi terkejut.

"Bagi saya karakter yang diberi kepada saya itu seorang gadis yang berfikiran singkat, beremosi tanpa ciri-ciri yang kuat," katanya memetik laporan Liputan6.



Selain sibuk dengan lakonan, Cinta juga memberitahu dia bakal tampil dengan single terbaharu tidak lama lagi.

Katanya, dia juga terkejut dengan penjelasan penulis skrip yang mengatakan karakter gadis itu tidak boleh terlalu menonjol kerana ia bakal membuatkan penonton bosan.

"Saya sangat terkejut bila dia kata seperti itu. Bagi saya apa yang dia katakan itu tidak benar.

"Perempuan yang kuat sebenarnya memiliki pemikiran yang rumit dan seringkali dikaitkan dengan trauma lebih mendalam.

"Jadi maaf saya tidak boleh memainkan karakter ini kerana saya tidak setuju bahawa perempuan kuat itu membosankan," katanya.

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram