BINTANG siri sekuel James Bond, Daniel Craig mendedahkan dia terpaksa menukar sebanyak 20 hingga 25 sut setiap kali menjalani babak aksi filem agen rahsia dari British itu.
Memetik laporan , pelakon berusia 53 tahun berkata, rata-rata sut yang dipakai mengalami kerosakan termasuklah koyak dan terbakar.
"Sekiranya saya perlu memakai sut untuk melakonkan babak aksi, saya perlukan 20 hingga 35 sut," katanya.
Craig membuat penampilan terakhirnya dalam siri filem James Bond: No Time To Die yang akan mula ditayangkan bulan ini setelah beberapa kali ditunda.
Sementara itu, pencipta dan penyanyi runut bunyi No Time To Die, Billie Eilish mendedahkan dia menonton berulang kali ke semua lakonan Craig dalam siri filem James Bond dengan memberi fokus kepada siri Skyfall untuk mendapatkan inspirasi.

Billie Eilish dalam klip video No Time To Die
"Saya telah menonton babak awal dari siri Skyfall beberapa tahun lalu. Ia sangat bagus.
"Sepanjang pembikinan lagu ini, kami menontonnya berulang kali agar ia dapat beri idea yang lebih segar," katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
