No Time To Die penampilan akhir Craig sebagai James Bond 007


  • Hiburan
  • Rabu, 25 Ogos 2021

SELEPAS lima kali membintangi watak James Bond, aktor Daniel Craig akhirnya membuat keputusan bahawa penampilannya menerusi filem terbaharu 007, No Time To Die adalah yang terakhir berikutan kecederaan yang dialami.

Memetik laporan Asiaone, Craig mengalami kecederaan setiap kali melakukan babak aksi dan pada penampilan pertamanya menerusi filem Casino Royale pada 2006 dia kehilangan dua batang giginya.

"Saya masih melakonkan babak aksi selagi mana boleh kerana saya sangat gembira untuk lakukannya walaupun bukan dalam watak Bond.

"Tapi usia saya semakin meningkat dan semuanya (aksi) tidak sama seperti sebelum ini. Saya hanya mencederakan diri sendiri setiap kali membintangi Bond," katanya.

Kata Craig, sudah tiba masanya watak itu diambil alih oleh pelakon yang lain.

"Sudah tentu ini penampilan terakhir saya. Inilah masanya untuk aktor lain menjayakan watak Bond," katanya.

Pada 2008, Graig pernah terpotong jarinya dalam Quantum of Solace dan patah pergelangan kaki ketika menjayakan No Time To Die, namun dia masih mampu kembali ke set selepas dua minggu mengalamai kecederaan itu.

Graig akui sedih memandangkan pengalaman yang dirasai sepanjang menjayakan Bond adalah sesuatu yang sangat istimewa.

"Watak ini telah mengajar saya banyak perkara untuk menjadi pelakon yang baik.

"Saya bertuah kerana terpilih untuk terlibat dalam filem bersejarah ini dan tidak ada kekurangan sepanjang menjayakan Bond," katanya. — AGENSI