KECEKALAN hati seorang nelayan yang ingin keluar dari kepompong kemiskinan membuahkan hasil setelah menceburi penanaman cendawan di rumahnya di Kampung Raja Bashah Kuala Kurau sejak Julai lepas.
Mohd Radzi Said, 51, berkata beliau menceburi tanaman cendawan setelah mendapat pendedahan dengan mengunakan sistem iMistroom (rumah cendawan pintar) yang diperkenalkan pensyarah kanan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang Dr Hamid Yusoff.
"Dengan bermodalkan RM24,000 melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hasil pengeluaran melalui i-Lestari dan i-Sinar, saya membuat sendiri rumah cendawan dengan keluasan 37 x 18 bersebelahan rumah kediaman.
"Jabatan Pertanian juga membantu menyumbangkan 2,000 bongkah cendawan dan rak tanaman selain dibantu badan bukan kerajaan (NGO) Sahabat Alam Lestari Parit Buntar dan kumpulan penyelidik SIG Admech UiTM Pulau Pinang.
"Saya memulakan dengan penanaman dua jenis cendawan iaitu cendawan tiram kelabu dan tiram putih melalui kaedah iMistroom dan kini mempunyai 6,000 bongkah cendawan tiram kelabu dan cendawan tiram putih," katanya kepada media di kediamannya di Kampung Raja Bashah Kuala Kurau dekat Parit Buntar, Perak.
Menurutnya hasil tuaian tanaman itu dipasarkan dengan menggunakan platform media sosial dan secara dalam talian selain sokongan ahli keluarga, dan dalam tempoh tiga bulan, hasilnya amat memberangsangkan kerana cendawan ini mendapat permintaan tinggi di pasaran.
"Hasil tuaian cendawan sebanyak 15 kilogram sehari dan saya memasarkannya dengan harga purata RM12 sekilogram di pasar Kuala Kurau, Parit Buntar dan Bagan Serai."
"Saya berhasrat untuk mengembangkan usaha ini dengan menghasilkan pelbagai produk berasaskan cendawan pada masa hadapan seperti kerepek cendawan," katanya yang berjaya mendapat hasil sebanyak RM4,200 pada bulan pertama penjualan cendawan.
Sementara itu Dr Hamid Yusoff berkata penanaman cendawan melalui kaedah iMistroom bertujuan untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengusaha industri cendawan termasuklah penanam, pemborong dan pemain industri.
Beliau berkata sepasukan penyelidik kumpulan SiG Admech UiTM Pulau Pinang menerajui usaha penyelidikan ini bagi membantu menyelesaikan masalah dihadapi pengusaha industri cendawan serta rantaiannya.
"Sistem iMistroom ini diperkenalkan kepada golongan B40 bagi tujuan menaik taraf kehidupan mereka dan Radzi Said merupakan orang pertama dari golongan B40 di negeri Perak yang diperkenalkan dengan sistem ini hasil program Jabatan Pertanian Daerah Kerian bersama NGO Sahabat Alam Lestari Parit Buntar.
"Gabungan kaedah antara iMistroom dan Internet of Thing (IOT) mampu meningkatkan pengeluaran tanaman cendawan hingga tiga kali ganda berbanding kaedah yang biasa," katanya yang menambah sistem yang dipasang dapat memantau kelembapan antara 85 hingga 95 peratus dan suhu antara 23 hingga 30 darjah celcius. — Bernama
[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]