Siti Nurhaliza beri nafas baharu pada lagu Tanggal 31 dan Warisan


  • Hiburan
  • Khamis, 09 Sep 2021

KEDUA-dua lagu terbabit merupakan lagu patriotik kegemarannya dan dia sering mendendangkan lagu tersebut secara langsung sewaktu konsertnya. — Instagram/Siti Nurhaliza

SEMPENA Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin memberi nafas baharu kepada dua patriotik yang dinyanyikan allahyarham Datuk Sudirman Arshad pada Khamis.

Video lagu Warisan dan Tanggal 31 terbabit dikongsikan Siti yang juga merupakan peminat Sudirman itu di laman Youtube rasminya.

Dalam satu temubual bersama Berita Harian, penyanyi berusia 42 tahun itu berkata, kedua-dua lagu terbabit merupakan lagu patriotik kegemarannya dan dia sering mendendangkan lagu tersebut secara langsung sewaktu konsertnya.

Pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu itu berkata, kedua-dua lagu terbabit merupakan hadiah buat peminatnya memandangkan dia masih belum menyanyikan sebarang lagu baharu semenjak melahirkan anaknya yang kedua iaitu Muhammad Afwa Khalid pada bulan April lalu.

Bagi menyuntik elemen kelainan, Siti berkata lagu Tanggal 31 digubah mengikut rentak joget dan ia dilakukan yang juga merupakan salah satu rentak tradisi yang mencerminkan imej Malaysia.

Konsep muzik Warisan pula digubah dengan mengambil inspirasi lagu We Are The Champion dari kumpulan Queen bagi tujuan menaikkan semangat patriotik pendengar.

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram