
PENYANYI yang popular dengan lagu Hanya Rindu, Andmesh Kamaleng berkongsi rasa teruja apabila single terbaharunya berjudul Tiba-Tiba dipilih sebagai runut bunyi (OST) bagi FilmTV Premiere terbitan Stesen GTV yang ditayangkan di kaca televisyen Indonesia pada setiap hujung minggu.
Penyanyi dari seberang itu akui terkejut selepas diberitahu mengenai hal itu apatah lagi ini merupakan pengalaman pertama buat dirinya.
"Saya memang terkejut sangat. Terima kasih buat GTV kerana beri peluang dan menyokong karya-karya saya," katanya.
Lagu Tiba-Tiba yang dilancarkan sejak enam bulan lalu merupakan ciptaan Andmesh sendiri dan susunan muzik dari Irwan Opung Simanjuntak.
Dalam tempoh enam bulan, muzik video rasmi Tiba-Tiba yang dimuatnaik di YouTube telah menerima hampir empat juta tontonan.
Slot FilmTV Premiere tidak hanya memilih lagu-lagu yang easy listening malah tayangan filemnya juga adalah menarik dengan penampilan barisan bintang yang popular seperti James Thomas, Gesya Shandy, Cut Ara, Alzi Markers dan ramai lagi. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram