Apabila Neelofa cakap soal kejujuran


  • Hiburan
  • Jumaat, 03 Sep 2021

USAHAWAN dan selebriti tersohor, Noor Neelofa Mohd Noor mencadangkan kepada kerajaan supaya meletakkan gambar penerima vaksin pada sijil vaksinasi MySejahtera.

Beliau mengutarakan cadangan tersebut bagi mengelakkan berlakunya penipuan dan penyalahgunaan sijil tersebut oleh individu yang masih belum divaksinasi.

“Cadang untuk letakkan juga profile photo di cert (sijil)... sebab ramai yang tak jujur,” menurutnya dalam satu hantaran Instagram Story pada Khamis sebagai balasan kepada maklumat yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Tangkap layar Instagram Story Neelofa. — Instagram

Menurut KPDNHEP, peniaga perlu memastikan setiap pelanggan dibenarkan memasuki premis jualan setelah menunjukkan bukti kad atau sijil vaksinasi lengkap dari aplikasi MySejahtera dan bukannya tangkap layar.

Cadangan Neelofa itu bagaimanapun dipandang sinis oleh netizen yang mendakwa bahawa dirinya juga tidak jujur kerana pernah melanggar peratuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

"Pandai la nak meNilai kejujuran org.. Dia sendiri pon melangkawi batasan.." perli Farah Akmar.

"Diri sendiri pun tak jujur suruh orang lain pula jujur," kata Muhd Izwan Zaini.

Neelofa sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila dikenakan tindakan undang-undang kerana merentas negeri untuk pergi ke Langkawi dan Nilai semasa PKP. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

neelofa, mysejahtera, sijil vaksin, kpdnhep