KEMASKINI terbaharu aplikasi MySejahtera akan memudahkan orang ramai untuk menunjukkan penilaian risiko dan status vaksin, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Perkembangan itu diumumkan sendiri Khairy menerusi ciapan di Twitter miliknya, malam Khamis.
“Pasukan @my_sejahtera akan keluarkan perisian baharu, malam ini (semalam), ia akan memudahkan orang ramai menunjukkan tahap risiko dan status vaksinasi.”
Ciapan Khairy di Twitter tentang kemas kini aplikasi MySejahtera.
“Kemas kini dan penambahbaikkan aplikasi dalam beberapa minggu lagi,” katanya.
“Butang ‘check-out’ juga turut ditambah dalam edisi terbaharu MySejahtera. Ia akan menambahbaik dalam pengesanan kontak.
“Selepas meninggalkan satu-satu tempat, tolong ingat untuk check-out. Kamu hanya perlu tekan butang, tidak perlu imbas,” katanya.
Mulai 10 Ogos lalu, kerajaan mula melonggarkan sekatan bagi mereka yang sudah divaksin penuh.
Antara kelonggaran yang diberikan termasuk membenarkan makan di restoran atau cafe dengan syarat pelanggan wajib menunjukkan sijil digital untuk mengesahkan status imunisasi mereka.
Setakat Rabu, sejumlah 65.1 peratus daripada populasi dewasa di negara ini atau 15,241,655 orang sudah pun divaksin, kata Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV). – The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram