'Elakkan menggunakan perkataan ‘retis’


  • Hiburan
  • Khamis, 02 Sep 2021

SYAFIE lebih selesa digelar pelakon, pemeran atau manusia biasa. — Instagram

PELAKON popular, Syafie Naswip meminta orang ramai supaya berhenti menggelar dirinya sebagai 'retis'.

Beliau dalam satu hantaran Instagram story menyifatkan bahawa gelaran itu seolah-olah satu penghinaan buat kerjayanya sebagai seorang pelakon.

"Hi semua. Minta maaf kalau status saya ini menyentak hati beberapa pihak.

"Cuma ingin tegaskan, kalau boleh jika ingin bergambar, menyapa saya atau membalas komen di Instagram, elakkan menggunakan perkataan ‘retis’. Ia sedikit sebanyak seperti menghina pekerjaan saya," tulis pelakon Budak Tebing itu.

Screenshot 2021-09-02 at 6.27.47 PM

Luahan Syafie berkenaan panggilan 'retis' yang dimuatnaik dalam Instagramnya. — Instagram

Katanya, dirinya lebih selesa jika dipanggil pelakon, pemeran atau manusia biasa.

Tambah Syafie, beliau hanya mampu tersenyum apabila digelar 'retis' walaupun mengakui hatinya terguris apabila mendengar panggilan itu.

"Jujur setiap kali dialog itu diaungkapkan, ia sangat menghiris hati saya. Harap anda semua memahami," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

syafie naswip, retis, pelakon, budak tebing