Jenis makanan baik untuk pesakit gout


  • Sihat
  • Rabu, 01 Sep 2021

MAKANAN mengandungi vitamin C dikatakan mampu merawat penyakit gout. — Agensi
PEMILIHAN makanan yang sesuai dipercayai membantu mencegah risiko serangan gout kepada pesakit.

Susulan itu, pakar kesihatan mencadangkan beberapa jenis makanan yang baik untuk diambil oleh para pesakit gout.

Salah satu makanan tersebut adalah buah ceri. Menurut kajian, buah ceri membantu mengurangkan tahap asid urik kerana mempunyai kandungan antosianin (molekul antioksida) semula jadi.

Bagi mereka yang mahu mengambil suplemen ekstrak ceri, digalakkan untuk mengikuti saranan dos yang ditetapkan dan rujuk doktor terlebih dahulu.

Pesakit gout juga disarankan untuk mengambil makanan yang tinggi kandungan vitamin C.

Fruitful ventureA visitor taking photos of cherries at Xinli village of Qingxi township in Hanyuan county, Sichuan province. With a cultivated area of about 63,000mu (4,200ha), the cherry industry in Hanyuan county has greatly boosted local economy. — Xinhua

Buah ceri membantu mengurangkan tahap asid urik kerana mempunyai kandungan antosianin (molekul antioksida) semula jadi. — Agensi

Vitamin C adalah salah satu jenis antioksidan yang mempunyai potensi merawat gout. Antara makanan yang mempunyai kandungan vitamin C adalah kiwi, brokoli, strawberi dan tomato.

Selain itu, makanan yang mempunyai kandungan purin turut bagus untuk mengawal penyakit gout. Sayur-sayuran seperti asparagus dan bunga kobis mengurangkan risiko serangan gout.

Di samping itu, susu rendah lemak juga dikatakan mengandungi ciri anti radang tertentu yang boleh mengurangkan tindak balas keradangan terhadap urat kristal dalam sendi.

Pakar kesihatan turut menyarankan pesakit gout mengamalkan pengambilan air putih yang mencukupi sekurang-kurangnya lapan hingga 16 gelas sehari.

Pengambilan makanan yang tinggi seratnya seperti gandum, epal, timun dan betik juga membantu menyerap gout dari aliran darah dan menghilangkan gout berlebihan melalui ginjal. — Kompas

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

gout, makanan