MESKIPUN e-sukan merupakan karier yang nampak menyeronokkan bagi kebanyakan orang namun gaya hidup yang terpaksa dilalui oleh para atlet bidang berkenaan adalah pada tahap membimbangkan, lapor ESports Insider.
Sebelum ini, beberapa pemain profesional terpaksa mengumumkan persaraan awal daripada kejohanan kompetitif disebabkan masalah kesihatan berikutan gaya hidup yang tidak teratur.
Pemain permainan League of Legends, Jian 'Uzi' Zi-Hao bersara akibat kecederaan tangan dan bahu yang kronik serta disahkan menghidap penyakit kencing manis.
Seorang lagi pemain Overwatch, Xzi turut terpaksa berundur daripada kejohanan Overwatch League tahun ini kerana isu kesihatan leher dan bahu.
Walaupun banyak pasukan e-sukan di dunia telah menambah baik soal kebajikan para pemainnya dari segi pemakanan dan stamina namun faktor waktu tidur yang tidak mencukupi memberikan impak negatif kepada kesihatan atlet.
Bagi menyelesaikan isu berkenaan, anggota pasukan penyelidikan tidur di syarikat Emma, Theresa Schnorbach berkata, pihaknya menjalankan beberapa kajian tentang kesan tidur terhadap prestasi atlet e-sukan.
Emma pada tahun ini bekerjasama dengan Schalke O4 ESports bagi membantu atlet pasukan tersebut meningkatkan jadual tidur mereka.
Antara kajian yang dilakukan bersama Schalke O4 ESports adalah mengukur impak tabiat tidur yang sihat terhadap memori kerja visual atlet pasukan berkenaan.
Jelas Schnorbach, memori kerja visual adalah penting dalam kejohanan e-sukan bagi mengenalpasti dan bertindak balas terhadap strategi serta taktik pihak lawan.
"Pemain e-sukan perlu membina gambaran pihak lawan mereka. Pelbagai maklumat perlu disimpan dan diteliti ketika bertanding dalam kejohanan," menurut beliau. — AGENSI.