Idamkan pinggang yang ramping? Begini caranya


  • Sihat
  • Isnin, 30 Ogos 2021

Menjalani gaya hidup yang kekal aktif mampu hasilkan pinggang lebih ramping. — Gambar hiasan

MEMILIKI tubuh badan yang ramping sering menjadi impian setiap orang khususnya buat golongan wanita.

Untuk merealisasikannya, perkara asas yang harus dilakukan adalah dengan menguatkan otot dan mengurangkan peratusan lemak yang terkandung dalam tubuh.

Tetapi mungkin masih ramai yang tertanya-tanya apakah rutin yang paling berkesan untuk membina otot dan membuang lebihan lemak.

Berikut beberapa cadangan aktiviti yang boleh dilakukan untuk mendapatkan badan yang sihat dan ramping.

1. Lompat tali

Aktiviti ini sebenarnya antara senaman yang mampu untuk mendapatkan badan yang sihat malah latihan kardio ini juga membolehkan seseorang itu melatih otot. Berbanding kardio lain, senaman ini akan membakar lebih banyak kalori per minit dan ianya dilihat sebagai latihan paling efektif.

2. Berkayak

Selain membakar kalori, aktiviti ini juga melatih dan membina otot di bahagian atas badan. Malah aktiviti ini yang dilakukan di luar juga menjadikannya lebih baik berbanding senaman di gimnasium. Pada masa sama, berkayak boleh memperkuatkan otot punggung.

3.Berjalan

Walaupun terlalu ringkas, berjalan untuk tempoh 30 ke 60 minit sebelum bersarapan juga boleh melangsingkan badan. Berjalan pantas akan melatih degupan jantung dan membakar kalori. Di samping mengawal pengambilan kalori, memperbanyakkan aktiviti ini cukup membantu untuk menurunkan berat badan.

4. Berenang

Aktiviti ini juga disenaraikan sebagai salah satu senaman yang terbaik kerana dapat membina dan menguatkan otot. Berenang juga akan memberikan kesan terhadap keseluruhan badan.

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

ramping, sihat, cantik