SELAIN membantu menyedapkan rasa masakan, halia juga berfungsi dalam perubatan termasuk mengurangkan penyakit gastrik, yang sememangnya sesuatu yang menyeksakan bagi penghidapnya.
Kini, anda tidak perlu khuatir kerana air teh tanpa susu yang dicampur dengan halia mampu menghilangkan gas di dalam perut akibat penyakit itu.
Dalam rawatan ini, anda perlu memasukkan potongan halia segar ke dalam secawan air dan rebus campuran berkenaan sebelum enak diminum dalam suhu masih hangat.
Bukan itu sahaja, anda boleh selongkar dapur rumah anda dan lihat jika ada bahan lain yang boleh digunakan untuk membantu mengurangkan penyakit ini.
Campuran ketumbar dan air suam mampu mengatasi masalah gas di dalam perut ketika gastrik. —AGENSI
Dimaklumkan, anda juga boleh menggunakan rempah-ratus khususnya jintan bagi merawat penyakit sama.
Kandungan di dalam jintan mampu merangsang kelenjar air liur sekali gus membantu menghilangkan kesakitan akibat gastrik.
Caranya mudah sahaja iaitu rebus satu sudu teh serbuk jintan ke dalam dua cawan air selama 10 hingga 15 minit. Biarkan air rebusan itu sejuk sebelum diminum dan seelok-eloknya ia diminum selepas makan.
Selain itu, penggunaan rempah ketumbar juga membantu merawat penyakit gastrik, yang mana ia mengandungi sebatian yang disebut Thymol, yang juga membantu dalam proses pencernaan.
Jika anda menghadapi masalah gas di dalam perut, anda boleh mendapatkan kelegaan dengan meminum campuran satu sudu teh ketumbar bersama air suam.
Malah, penggunaan bawang putih ketika perut kosong pada waktu pagi mampu membebaskan perut anda dari masalah gas.
Gunakan bawang putih ketika perut kosong pada waktu pagi. —AGENSI
Pada masa sama, penggunaan Asafoetida terbukti sangat berkesan bagi merawat masalah gas dan asid di dalam perut. Caranya hanya mencampurkan Asafoetida dengan segelas air suam.
Gaya hidup yang tidak sihat yang mempengaruhi keasidan dalam perut atau gastrik adalah perkara biasa ketika ini.
Anda disarankan untuk mendapat tidur mencukupi manakala gangguan dalam rutin harian dan diet juga bukan sahaja menyebabkan masalah gastrik, malah penyakit-penyakit lain juga dijangka bakal menjelma.
Masalah gastrik juga dapat diatasi dengan berjalan kaki pada waktu pagi dan jadikan senaman sebagai rutin harian anda. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram