KESEIMBANGAN antara bekerja dan waktu santai merupakan keinginan semua golongan dewasa dalam menempuh kehidupan seharian.
Kesibukan bekerja boleh mengundang stres yang mana seterusnya menjadi punca kepada penurunan prestasi dan hilang fokus.
Satu daripada cara yang terbaik untuk membentuk keseimbangan kerja dan kehidupan adalah dengan meluangkan masa melakukan aktiviti kegemaran atau hobi.
Ia tidak perlu memakan masa lama tapi cukup untuk mengalih perhatian seketika daripada tugasan kerja yang membebankan.
Menurut pakar psikologi dari San Francisco State University, aktiviti hobi boleh membantu seorang individu untuk lebih terkawal, mencabar diri dan bertenaga.
Bebanan kerja sentiasa membuatkan kita berasa stres.
Malah mereka berkata, aktiviti itu dapat membantu kita lebih fokus, bertenaga dan berupaya menangani tugasan bekerja dengan lebih baik.
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan sebagai hobi dengan masa yang singkat.
Antaranya, menyertai aktiviti berkumpulan seperti kelab-kelab hobi atau menonton wayang bersama rakan-rakan.
Melawat muzium juga boleh dijadikan pilihan namun dalam keadaan pandemik mungkin boleh melakukannya bersama rakan secara virtual.
Mungkin pemilihan hobi akan menjadi berbeza mengikut usia.
Aktiviti menonton wayang sesuai dijadikan sebagai hobi untuk menghilangkan stres.
Mereka pada usia 20-an mempunyai keinginan hobi yang luas dan hubungan rakan yang lebih ramai daripada mereka di usia 30-an dan 40-an.
Oleh itu cari hobi yang bersesuaian atau manfaatkan aktiviti mudah hanya di rumah untuk mengisi masa lapang seperti bercucuk tanam atau melukis.
Antara contoh lain, kita boleh belajar kemahiran baharu secara dalam talian atau melakukan senaman di rumah.
Ia memerlukan kreativiti untuk mencipta aktiviti baru tanpa perlu keluar rumah.
Selain melakukan aktiviti, melibatkan diri dengan aktiviti kesukarelaan juga dapat membantu untuk mengisi masa lapang.
Mungkin anda ada bakat terpendam untuk melukis.
Ia boleh dilakukan semasa bercuti dengan menyertai mana-mana organisasi untuk melakukan kerja-kerja sukarela, sekali gus dapat menambah kenalan baharu.
Dalam melakukan aktiviti atau hobi ini, mungkin akan menjadi bosan jika dilakukan secara bersendirian.
Oleh itu, cuba jemput rakan-rakan atau rakan sekerja untuk melakukan aktiviti bersama-sama.
Pelbagai aktiviti boleh dilakukan untuk menghilangkan stress bekerja.
Ia tidak memerlukan masa yang lama cukup sekadar satu jam sehari sudah memadai.
amun, jangan lakukan ia secara berlebihan kerana ditakuti akan memberi kesan kepada kerja kerana tidak cukup masa. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram