Jack Ma pilih melukis untuk tenangkan diri


  • Hobi
  • Khamis, 26 Ogos 2021

JACK memilih hobi melukis menenangkan fikiran daripada kesibukan kerja. – Agensi

JARANG menunjukkan diri secara umum sejak konflik dengan kerajaan China, jutawan dan pengasas Ali Baba Group dikatakan membawa diri dan fokus dengan hobi melukisnya.

Perkara itu dikongsi oleh rakannya, Joe Tsai yang memberitahu dia sering berhubung dengan jutawan itu yang mahu menghindarkan diri daripada menjadi sorotan media buat sementara waktu.

Kongsi Joe, melukis merupakan hobi kesukaan Jack dan dengan melukis dia dapat menenangkan fikiran daripada kesibukan kerja mengurus empayar perniagaannya.

Selain itu katanya, Jack juga suka menderma dan menjalankan aktiviti kebajikan.

"Jack memilih untuk mendiamkan diri buat sementara waktu dan dia memenuhkan masanya dengan melukis.

Jack Ma Lukisan

Jack Ma (kanan) berjaya menjual lukisan pertamanya dengan harga AS$5.4 juta.

"Selain melukis, dia juga melakukan aktivit-aktiviti kebajikan dengan menderma kepada golongan-golongan yang memerlukan," katanya.

Jack Ma sebelum ini dilaporkan menghilangkan diri selama beberapa bulan selepas mengkritik sistem kewangan China secara terbuka hujung tahun lalu.

Kehilangan jutawan itu mencetuskan spekulasi dan mendapat sorotan media tempatan serta antarabangsa.

Terdahulu, Jack pernah menghasilkan sebuah lukisan bertajuk Paradise yang lukis olehnya untuk tujuan amal.

Lukisan itu juga merupakan hasil kolaborasi Jack dengan pelukis paling terkenal di Tiongkok, Zeng Fanzhi.

Dalam lelongan yang dianjurkan oleh syarikat Sotheby di Hong Kong itu, lukisan perdana bos Alibaba ini terjual seharga AS$5.4 juta (RM22.79 juta). – Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Jack Ma, Ali Baba, lukis, hobi