4 elemen penting sebelum pilih hobi


  • Hobi
  • Jumaat, 27 Ogos 2021

PEMILIHAN hobi yang betul akan membantu seseorang meningkatkan tenaga dan menghilangkan tekanan. —Agensi
MELAKUKAN hobi adalah penting bagi membantu menghilangkan tekanan terutamanya ketika musim pandemik Covid-19 melanda ini, ramai yang terpaksa berkurung di rumah dan tidak dapat melakukan aktiviti kegemaran seperti dahulu.

Malah mungkin ada yang terfikir untuk mencari-cari hobi baharu bagi mengisi masa lapang yang terluang di rumah.

Menurut ahli psikologi, Jo Wintle, beliau mencadangkan agar orang ramai mengutamakan empat elemen penting apabila memilih sesuatu hobi bagi mendapatkan kesan yang terbaik.

Ujar Wintle, elemen pertama adalah orang ramai disarankan mencari aktiviti yang boleh membantu melupakan segala perkara tentang kerja.

"Selain itu, bagi elemen kedua, adalah penting untuk anda mengawal aktiviti di luar tempat kerja supaya membantu memulihkan tenaga.

"Elemen yang ketiga ialah hobi itu perlu menyeronokkan dan membantu anda berasa gembira. Untuk elemen terakhir, kuasai hobi anda kerana ia membantu jika anda mencapai sesuatu daripada hobi tersebut," jelas Wintle.

Tambah Wintle, orang ramai perlu menghabiskan masa selama 30 hingga 60 minit sehari melakukan aktiviti berbentuk sedemikian.

"Anda perlu melakukan aktiviti yang melibatkan mental supaya anda tidak memikirkan soal kerja dan fokus terhadap perkara lain," kata beliau lagi.

Satu kajian dari New Zealand mendapati melibatkan diri dalam aktiviti seperti penulisan lagu, penulisan kreatif, menjahit atau seni akan meningkatkan kesejahteraan diri. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

hobi, elemen