BINTANG watak superhero Spider-Man, Tom Holland yakin peminat tidak dapat akan menjangkakan apa yang akan berlaku dalam siri terbaharu filem itu yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Aktor berusia 25 tahun ini menyentuh tentang aksi terbaharunya menerusi Spider-Man: No Way Home selepas mendapat pelbagai reaksi daripada peminat susulan tayangan trailer rasmi filem itu beberapa hari lalu.
"Sejujurnya filem kali ini menampilkan kelainan dan saya yakin anda semua tidak akan dapat menjangkakannya.
"Saya sangat teruja berkongsi lebih banyak mengenai filem ini kepada anda semua...rasanya sangat hebat dapat kembali dengan Spider-Man, untuk berkongsi trailer dan menunggu filem ini ditayangkan. Saya sangat teruja," katanya menerusi Instagram Story.
Pada masa sama, Holland sempat berterima kasih kepada semua peminat yang sentiasa menyokong lakonannya dalam filem itu.
"Saya berada dalam penerbangan 10 jam lalu, dan saya belum memuatnaik trailer. Hanya adik saya, Harry yang lakukannya.
"Kerana itu saya tidak dapat menyaksikan sendiri reaksi dan keterujuaan semua peminat..Baru sekejap ini saya dapat menghidupkan telefon.
"Saya sangat menyayangi anda dan terima kasih atas sokongan yang diberikan. Semoga terhibur dengan trailer ini," katanya.
Teaser Spider-Man: No Way Home itu ditayangkan di acara CinemaCon baru-baru ini di mana teaser filem Doctor Strange yang dibintangi oleh Benedict Cumberbatch turut dimainkan.— Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram