Kesalahan umum ketika mencuci tuala


  • Sihat
  • Jumaat, 27 Ogos 2021

TUALA perlu dicuci dengan kaedah yang betul supaya boleh bertahan lama. — Agensi

PROSES mencuci dan menjaga tuala yang tepat amat penting bagi memastikan ia bertahan lama serta dapat boleh mengeringkan tubuh badan kita secara maksimum.

Salah satu perkara yang diperlu dititikberatkan adalah lokasi penyimpanan tuala berkenaan. Tuala perlu disimpan di kawasan yang kering.

Namun masih ramai yang melakukan 10 kesalahan ini ketika mencuci dan menjaga tuala.

1. Guna cuka

Kesalahan pertama yang sering dilakukan adalah menggunakan pelembut kain. Sebagai ganti, masukkan segelas cuka dalam bahagian pelembut mesin basuh ketika bilasan yang terakhir.

Cuka tidak akan mengurangkan daya serap tuala, sebaliknya menjadikan kain lebih lembut dan warna tidak pudar.

2. Asingkan tuala

Kesalahan seterusnya adalah mencuci tuala bersama pakaian lain. Tuala juga tidak boleh dicuci bersama pakaian lain. Zip, butang dan objek tajam berisiko menarik keluar benang tuala ketika dicuci.

Selain itu, mengasingkan tuala berdasarkan warna sewaktu dicuci akan mengurangkan risiko kelunturan.

3. Teknik keringan

Kebanyakan orang akan menggantung tuala basah dalam bilik mandi dengan menggunakan penyangkut baju di bilik mandi. Bagaimanapun, aksesori itu hanya membuatkan tuala sukar untuk dikering serta menyebabkan pertumbuhan kulat serta bakteria.

Di samping itu, menyimpan tuala ketika basah juga akan menyebabkan pertumbuhan kulat dan bakteria. Pastikan tuala kering sepenuhnya, baru disimpan dalam ruang penyimpanan rumah anda.

4. Suhu seterika

Jangan sesekali menggunakan seterika wap pada tuala kerana ia boleh merosakkan tuala terbabit.

Gunakan seterika biasa pada tetapan suhu yang sesuai untuk jenis kain pada tuala.

5. Mesin pengering

Kesalahan lain yang dilakukan oleh kebanyakan orang adalah mengeringkan tuala dalam mesin pengering. Penggunaan mesin pengering yang berlebihan akan merosakkan fiber kain.

6. Jemuran

Cara terbaik untuk mengeringkan tuala adalah menjemurkannya di tempat yang teduh. Jangan jemur di bawah sinaran matahari kerana berisiko menyebabkan warna tuala itu pudar.

7. Kekerapan cucian

Tuala mudah kotor dengan cepat. Bagi mencegahnya daripada kotor dan berbau, digalakkan untuk mencuci tuala sekali atau dua kali seminggu.

8. Penggiliran

Selain itu, penggunaan bahagian tuala yang sama akan menyebabkan fiber kain itu cepat 'haus'. Gunakan semua bahagian tuala secara bergilir-gilir agar daya serapnya lebih tahan lama.

9. Bersih mekap

Anda juga tidak digalakkan untuk membersihkan mekap dengan tuala kerana produk seperti losyen dan krim akan menjejaskan fiber kain.

10. Simpan tuala

Kesalahan yang terakhir adalah menyimpan tuala dalam bilik mandi. Langkah itu bukanlah cara terbaik untuk memastikannya bersih tetapi sebaiknya, simpan tuala di tempat yang kering. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Cuci, Tuala