ANGGAPAN umum bahawa minuman yang mengandungi kafein akan meningkatkan risiko penyakit jantung termasuk ‘atrial fibrillation’ (AFib) adalah salah.
Sebaliknya, risiko untuk mendapat penyakit itu akan menurun sebanyak 3 hingga 4 peratus untuk setiap cawan kopi yang diminum.
Menerusi kajian penyelidik yang diterbitkan dalam JAMA Internal Medicine, nasihat yang sering didengar untuk menghindari kafein supaya tidak mendapat penyakit itu hanya berdasarkan beberapa kajian dilakukan ke atas sebilangan kecil individu.
“Memandangkan manfaat kesihatan kopi adalah dari sudut lain, larangan meluas terhadap kopi bagi mengurangkan risiko aritma (gangguan degupan jantung) adalah tidak wajar,” kata pengarang kajian itu, Dr. Gregory M. Marcus dari University of California.
Kafein adalah perangsang sistem saraf pusat, di mana penggunaannya dapat meningkatkan tahap sedar, fokus atau kewaspadaan, menurut National Institutes of Health.
Kajian menunjukkan risiko terkena serangan jantung akibat kafein adalah tidak benar.
Kesan terhadap jantung
Bagaimanapun, kesan kafein terhadap jantung masih belum jelas dan mungkin melebihi manfaat kesihatan.
Ia termasuk kesan antioksidan dan antiradang yang seterusnya dapat menurunkan risiko seseorang mendapat penyakit barah, diabetes dan Parkinson.
Menerusi kajian ini, para penyelidik telah menganalisis data lebih daripada 386,000 orang dewasa dalam jangka masa kira-kira lima tahun.
Kira-kira 60 peratus peserta kajian adalah peminum kopi biasa, dan rata-ratanya menggunakan sekitar dua cawan sehari.
Lebih daripada 4 peratus peserta kajian mengalami aritmia dalam tempoh kajian, menurut data.
Bagaimanapun, peserta yang mengambil kopi dengan kadar sedikit cenderung mengalami aritmia atau AFib, meskipun mereka minum dua atau lebih cawan sehari.
Selain itu, terdapat perbezaan risiko untuk mendapat tekanan darah tinggi, penyakit jantung, kegagalan jantung dan masalah lain yang berkaitan dengan kardiovaskular serupa di antara individu yang minum dua atau kurang dan dua atau lebih cawan kopi sehari. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram