Siapa sangka sabun boleh buat tidur anda lebih lena


  • Sihat
  • Rabu, 25 Ogos 2021

SABUN lavender dipercayai dapat memberikan rasa tenang dan mengurangkan rasa gelisah. — Agensi

SINDROM kaki gelisah atau Restless Legs Syndrome merupakan salah satu gangguan tidur yang boleh menjejaskan tahap kesihatan diri kita kerana tidak cukup tidur.

Bagi yang mengalami masalah ini biasanya seorang individu akan terdorong untuk menggerakkan bahagian bawah kaki.

Perbuatan itu biasanya akan berlaku semasa pengidap sindrom ini hendak tidur atau berehat. Biasanya gejala sindrom ini akan lebih ketika berehat pada waktu petang atau malam. Ia akan menyebabkan penghidap sukar untuk tidur.

Keadaan ini menyebabkan pengidap sukar untuk berehat atau tidur dan merasa cepat letih. Jika keadaan lebih teruk gejala sindrom ini boleh melarat ke tangan dan badan. Hal ini akan menjadikan penghidap lebih sukar untuk tidur.

Berdasarkan beberapa kajian, punca kepada simptom ini juga masih belum diketahui. Ia berkemungkinan berlaku disebabkan oleh gangguan sel saraf di otak yang mengawal pergerakan dan refleks.

Ia juga merupakan satu sindrom yang diwarisi secara turun temurun.

​​​​​​​ ​​​​​​​ ​​​​​​​ ​​​​​​​ ​​​​​​​ SINDROM kaki gelisah merupakan kegagalan seseorang untuk mengawal pergerakan dan refleks diri ketika tidur.

SINDROM kaki gelisah merupakan kegagalan seseorang untuk mengawal pergerakan dan refleks diri ketika tidur. — AGENSI.

Ada juga yang menyatakan bahawa gangguan ini berlaku disebabkan oleh tahap zat besi yang rendah atau kesan sampingan penyakit kronik lain seperti kegagalan buah pinggang atau diabetes.

Untuk merawat sindrom ini biasanya, penghidap boleh bertemu doktor dan akan diberikan preskripsi ubat tertentu untuk mengawal pergerakan dan memudahkan tidur.

Namun, terdapat juga beberapa terapi yang dikongsi oleh ramai pihak seperti meletakkan sabun di bawah sarung bantal atau cadar.

Hal itu dikongsi dalam satu episod program televisyen, Dr. Oz yang menyatakan bahawa kaedah terapi dengan meletakkan sabun lavender di bawah sarung bantal atau cadar berkesan untuk merawat sindrom kaki gelisah.

Berdasarkan perkongsian itu, bau lavender dapat memberikan rasa tenang dan mengurangkan rasa gelisah. Ia juga membantu untuk memudahkan tidur.

Teknik itu telah dicuba oleh ramai pihak dan majoriti mereka mengatakan bahawa ia berkesan tetapi mesti menggunakan sabun lavender. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

​​​​​​​

Sabun, Tidur, Sindrom