NIAT mahu membalas dendam kerana bapanya ditipu rakan niaga yang melesapkan wang tunai sebanyak RM10,000 menjadi sebab Mohd Nuri Selajudin, 35,terjerumus dalam kancah kumpulan kongsi gelap.
Dia yang merupakan pelajar terbaik sijil diploma jurusan seni halus logam, ketika itu tidak berfikir panjang dan bersetuju dengan ajakan rakan-rakan untuk terlibat dalam kegiatan rompakan bersenjata kumpulan itu.
Menurutnya, tindakannya menyertai kumpulan kongsi gelap berkenaan dipengaruhi rasa marah dan kecewa atas sikap rakan niaga arwah bapanya itu.
Bapanya telah meninggal dunia selepas jatuh sakit selepas kejadian itu.
"Jika teringat kembali saya memang tidak berfikir panjang dan hanya mengikut emosi. Tindakan kami melakukan rompakan bersenjata di sebuah premis di Kajang telah menyebabkan kami ditahan polis.
"Kami telah dihadapkan ke mahkamah namun, ketika itu kami semua tidak mengaku bersalah dan membayar ikat jamin RM10,000 seorang.
"Selepas itu, kami berjumpa dengan tuan kedai untuk menyelesaikan di luar mahkamah dan pada awalnya dipersetujui, namun akhirnya saya yang terjerat," katanya.
Mohd Nuri kini aktif di media sosial untuk berkongsikan pengalamannya menjadi banduan.
Tambahnya lagi, tuan kedai meminta dia dan rakan-rakan membayar ganti rugi dua kali ganda dan dia bersama rakannya bersetuju dengan syarat itu.
Tetapi malang terus menimpanya apabila semua rakannya melarikan diri menyebabkan dia terpaksa menanggung beban itu berseorangan.
Memandangkan pada masa itu Mohd Nuri tidak mempunyai wang untuk membayar hutang berkenaan, dia sekali lagi membuat keputusan terburu-buru untuk melakukan rompakan bersenjata sekali lagi.
"Sekali lagi tidak menyebelahi saya apabila ditahan pihak polis pada 26 Oktober 2017 di Kuala Lumpur.
"Saya didakwa dengan dua pertuduhan dan didapati bersalah. Saya dijatuhkan hukuman enam tahun penjara dan empat sebatan," ujarnya.
Kehidupan di penjara banyak mengajar Mohd Nuri erti keinsafan. Di penjara juga dia mendalami ilmu agama dan berazam untuk berubah selepas keluar dari tirai besi itu.
Hukuman sebat meninggalkan kesan kekal iaitu parut dipunggungnya yang menjadi tanda buat kesalahan yang dilakukan sebelum ini.
Atas teladan dan sikap yang baik di penjara, Mohd Nuri mendapat pelepasan awal dan dibebaskan pada 3 Jun 2021. Dia kini sudah kembali ke pangkuan keluarga dan meneruskan amalan untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Mohd Nuri turut terlibat dalam pelbagai kerja amal dan sentiasa membantu mereka di yang memerlukan dan berada dalam kesusahan.
Malah Mohd Nuri juga mewujudkan akaun TikTok untuk berkongsikan pengalamannya ketika berada di sebalik tirai besi.
Dia mempunyai hampir 14,000 pengikut di media sosial itu. — Sinar Harian
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram