TELUR bukan sahaja mempunyai khasiat untuk kesihatan, tetapi juga memberi banyak manfaat kepada kecantikan kulit.
Kuning telur mengandungi sumber Lutein yang membantu dalam menyuburkan, menghidrat serta meningkatkan keanjalan kulit anda.
Putih telur pula kaya dengan sumber Protein dan Albumin semula jadi yang membantu untuk menegangkan kulit, selain mengurangkan pembentukan whitehead, blackhead atau bintik-bintik hitam sepenuhnya di wajah anda.
Petua nenek moyang terdahulu memberitahu tentang khasiat menggunakan kuning telur pada rambut dengan kerap akan menjadikannya berkilau serta menggalakkan pertumbuhannya.
Tetapi, bagaimana pula dengan putih telur? Bagaimana Nutrien dan Protein di dalamnya mampu menjadikan kulit anda berseri dengan sekelip mata?
Ayuh periksa tips di bawah dan selongkar dapur anda sekarang.
1. Putih telur penutup liang pori
Ambil sebiji telur dan pecahkannya ke dalam sebiji mangkuk. Pisahkan putih telur dari kuning telur terlebih dahulu.
Masukkan 1/5 sudu teh gula serta sebiji kapsul minyak vitamin E ke dalam mangkuk putih telur.
Gunakan garpu untuk mencampurkan ketiga-tiga bahan ini sehingga sebati.
Campuran kuning telur, lemon
Sapukan campuran tadi ke seluruh wajah anda dan biarkan selama 15 hingga 20 minit.
Lap muka anda menggunakan sapu tangan hangat dan anda akan dapat melihat hasilnya yang cepat berkesan.
Ulangi langkah ini sebanyak tiga kali seminggu untuk hasil kulit bersinar bak gelas tanpa cela.
2. Topeng anti-penuaan
Petua seterusnya hanya memerlukan dua bahan iaitu kuning telur dan dua hingga tiga titis minyak pokok teh atau ‘tea tree oil’.
Kacau kedua-dua bahan tadi menggunakan garpu sehingga sebati.
Ratakan campuran berkenaan di seluruh wajah anda menggunakan jari dan lakukannya pada lapisan berganda.
Campuran kuning telur dan minyak pokok teh membantu merawat jerawat selain berfungsi sebagai topeng anti-penuaan. – AGENSI
Biarkannya kering selama 20 hingga 30 minit.
Ketika mencabut topeng berkenaan, anda juga boleh mengurut wajah anda dengan lembut.
Lap muka anda menggunakan tuala kecil yang disejukkan. Petua ini juga membantu dalam merawat dan mengatasi masalah jerawat anda.
3. Topeng pelembab
Ambil sebiji telur dan asingkan putih telur ke dalam sebiji mangkuk kosong.
Campurkan putih telur, satu sudu besar jus lemon, satu sudu teh minyak kelapa dara sehingga sebati.
Ratakan campuran tadi ke seluruh wajah dan biarkannya selama 15 minit sebelum dibilas.
Campuran telur putih, lemon dan minyak kelapa dara amat sesuai bagi individu yang mempunyai kulit kering. – AGENSI
Ulangi petua ini sebanyak dua hingga tiga kali seminggu dan ucapkan selamat tinggal pada kulit kering anda.
Kini, anda boleh sedekahkan semua produk yang mengecewakan ke dalam tong sampah.
Sama ada kuning telur atau putih telur, setiap bahagian telur bermanfaat untuk setiap anggota tubuh anda dan ia bermula dari kulit hingga rambut.
Anda disarankan untuk mencuba dan lihat sendiri hasilnya. — Times of India