Enggan salahkan jurulatih, kualiti pemain punca Penang dimalukan di Kuching


  • Podium
  • Sabtu, 30 Nov 2024

Skuad The Cats berjaya mencuri slot ke suku akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Penang FC. — Facebook/Penangfc

KUCHING CITY FC menjadi pasukan keempat yang berjaya menempah tiket ke suku akhir Piala Malaysia 2024 selepas menewaskan Penang FC dengan keputusan 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung pada Sabtu.

Kedua-dua pasukan yang kini kembali bertemu di Stadium Negeri, Sarawak itu bagi aksi timbal balik menyaksikan The Cats memiliki kelebihan agregat 1-0 ke atas Penang.

Wira Kuching City di aksi pertama di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang 21 November lalu, Ramadhan Saifullah kekal menjadi taruhan Aidil Sharin Sahak di jentera serangan, tatkala barisan pemain Penang diketuai oleh bek kental, Rafael Vitor.

BACA LAGI: Hanya sekadar pelengkap jadual, fans KDN FC tuding jari Rezal Zambery punca tersungkur di Manjung

BACA LAGI: Bergson layak MVP tapi karakter Sumareh pula jadi sebutan

WhatsApp Image 2024-11-30 at 22.19.22

Sebahagian aksi menarik yang ditampilkan oleh salah seorang pemain Penang FC (jersi kuning,depan). — Facebook/Penangfc

Perlawanan di babak pertama berlangsung tanpa sebarang jaringan yang dapat dihasilkan baik Kuching City mahupun Penang yang masih tercari-cari rentak permainan.

Malang menimpa pasukan pelawat apabila tonggak Penang FC, Adib Raop dilayangkan kad merah selepas dia didapati melakukan terjahan keras terhadap Moses Atede dengan perkara itu kemudiannya disahkan selepas semakan video bantuan pengadil (VAR).

Bersambung babak kedua, Kuching City memanfaatkan kekurangan lawan dengan mencetak gol pertama pertama perlawanan pada minit ke-69 menerusi penyerang, Kipre Tchetche.

Masih mahu menjarakkan kedudukan, jaringan Ramadhan ketika permainan berbaki 10 minit mengesahkan kemaraan Kuching City ke pusingan suku akhir.

Susulan kekalahan itu, penyokong Harimau Kumbang mempersoalkan kualiti yang dipamerkan oleh barisan pemain Penang FC.

Menurut mereka, barisan pemain itu sendiri yang patut dipersalahkan, bukannya pengendali.

“Pemain tiada kuliti letaklah siapa-siapa jurulatih pun, memang akan main serupa macam itu juga, pengurusan main tangkap muat bab pemain so kena tanggung risiko,” kata Muhamad Amier.

“Tukarlah coach 400 kali sekali pun Kalau pemain yang ada sekarang ini tiada kualiti, serupa macam itu sahaja,,” kata Apit Shuib.

“Kalau sudah memang pemain tiada kualiti, nak salahkan coach pun tiada guna,” kata Ahmad Rahman. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram