Sopan di sebalik 'lu, gua', Pyanhabib penyajak penting tahu isi tulang dan luar dalam KL


  • Hiburan
  • Rabu, 05 Jun 2024

Pyanhabib meninggal dunia di Ulu Kelang, Gombak, Selangor pada Selasa.

ALLAHYARHAM Pyanhabib disifatkan sebagai seorang penyajak, penulis, pelakon serta seniman yang amat disayangi dan disegani ramai orang.

Perkara itu bukanlah rahsia kerana sepanjang hayatnya, Allahyarham yang meninggal dunia pada 66 tahun di kediamannya di Ulu Kelang, Gombak, Selangor, amat disenangi oleh kenalan, ahli keluarganya dan sanak saudara.

Sebagai tanda belangsukawa, ramai menzahirkan ucapan takziah dan ayat baik-baik terhadap sifat serta layanan yang pernah diterima sepanjang perkenalan dengan pemilik nama Mohd Supyan Abdul Rahman itu.

BACA LAGI: 'Tanpa fans saya bukan siapa-siapa', Putri Ariani impi gandingan duet dengan Siti Nurhaliza

BACA LAGI: Konsert dibatalkan 'last minute', Kugiran Masdo pernah jadi busker 'bidan terjun' ubati hati duka lara

WhatsApp Image 2024-06-05 at 1.24.10 PM

Mohamed Hadi (kiri atas) gembira apabila memiliki sekeping gambar bersama Pyanhabib (kanan bawah).

Bagi yang mengenali figura itu, Pyanhabib memiliki karakter dan keunikan tersendiri. Mungkin juga ada satu tentangnya yang diingati ramai kerana dia membahasakan diri dengan perkataan 'lu gua, lu gua'.

Di sebalik perkataan 'lu, gua' yang sering dituturkan oleh Pyanhabib itu, ternyata dia sangat menitikberatkan soal kesopanan semasa berbicara dengan seseorang.

Perkara itu didedahkan oleh seorang pengguna, Mohamed Hadi yang memuji cara layanan Pyanhabib terhadapnya.

"Pyanhabib mesra dengan semua orang. Bahasa Melayu tersusun tertib dan elok, tengoklah kiriman WhatsApp dia kepada orang, cukup sopan di sebalik 'lu gua lu gua tu'," tulisnya.

Mohamaed Hadi meluahkan perkara berkenaan selepas mengakui terkejut mendengar berita mengenai kematian seniman itu pada pagi Rabu.

"Malam tadi aku tidur awal. Lepas solat isyak terus lena.

"Bangun-bangun subuh sahaja, sudah tular berita penyair dan seniman Pyanhabib Rahman meninggal dunia pukul 9.30 malam. Dalam waktu itu jugalah aku lena," katanya.

WhatsApp Image 2024-06-05 at 1.23.32 PM

Selain itu, Zalila Isa meluahkan rasa kagum terhadap bakat seni yang dimiliki Pyanhabib.

"Antara orang yang saya gemar mengambil gambar sejak bergelar wartawan dahulu adalah Pyanhabib Rahman. Saya mengenai dan memberi tabik kepadanya.

"Pyanhabib punya perwatakan tersendiri dan sudah tentu mengagumi semangat seninya," tulisnya.

Zalila Isa turut menghormati keperibadian penyajak itu yang raut wajahnya tidak pernah lekang dengan senyuman.

"Beliau tidak pernah sombong. Dalam kepayahan berbual, wajah tak pernah tanpa senyum," tulisnya.

WhatsApp Image 2024-06-05 at 1.22.56 PM

Pyanhabib merupakan seorang penyair terkenal.

Tidak hanya itu, Zalila menjadi antara orang terdekat dengan penulis itu sejak berpindah kerjayanya daripada wartawan kepada seorang yang bergelar editor.

"Berpindah kerjaya sebagai editor, terasa semakin dekat dengan anak seni ini.

"Karya dan pemikiran seninya terakam dalam beberapa buah bukunya di Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM).

"Itulah sahaja yang akan menjadi penyambung kenangan dan pembuktian beliau pernah ada di pentas dunia," tulisnya.

Projek Pemetaan Budaya dan Sastera Kuala Lumpur, LiteraCity turut beranggapan Pyanhabib merupakan tokoh penting dalam sajak yang mengetahui hal mendalam mengenai Kuala Lumpur.

"Pyanhabib antara penyajak penting yang tahu isi tulang, luar dalam Kuala Lumpur," tulisnya.

WhatsApp Image 2024-06-05 at 1.23.55 PM

Karya sastera yang ditulis oleh Pyanhabib.

Litera City berkata, hasrat mereka untuk membayangkan seperti apa 'anak alam' mampu dijelaskan oleh Pyanhabib menerusi karyanya iaitu Puisi di bawah tiang lampu Pasar Seni

"Sampailah banyak ceritanya menjual buku di Coliseum yang dibuka seluas-luasnya dalam memeta Kuala Lumpur lewat sasteranya," tulisnya.

Litera City turut berharap agar segala kebaikan Pyanhabib dapat membantunya di akhirat kelak.

"4 Jun 2024, abang Pyanhabib meninggalkan kita. Moga seluruh kebaikan abang Pyanhabib menjadi saksi di sana," tulisnya.

WhatsApp Image 2024-06-05 at 1.27.24 PM

Pyanhabib hanya memegang trofi itu untuk bergambar dan menolak daripada menerima kemenangan sebagai pelakon pembantu untuk filem Tsu Feh-Sofiah.

Seorang pengguna lain, Azlan Azlan Shah pula berasa bangga dengan perjuangan pelakon itu yang tidak takut untuk menolak suatu pengiktirafan besar meskipun benar-benar layak untuk menerimanya.

Mengimbas semula peristiwa itu, pada 1986, Pyanhabib menolak anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik yang diraih menerusi filem Tsu Feh-Sofiah kerana berpegang dengan prinsip pencalonan yang telah diberitahu kepadanya terlebih dahulu.

Untuk rekod, Pyanhabib sewaktu itu juga dicalonkan sebagai penerima anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam filem Kembara Seniman Jalanan (KSJ).

"Gua lagi terpinga-pinga bila keputusan pada kertas menunjukkan gua diberi 'award' pelakon pembantu untuk filem Tsu Feh-Sofiah.

"Perkara itu menyebabkan gua panik kerana dicalon untuk filem KSJ dan bukan untuk Tsu Feh-Sofiah," kata Pyanhabib seperti yang diceritakan kepada admin Terkenang Rock Zaman Dulu.

Pada waktu itu, majlis tersebut turut dihadiri orang kenamaan termasuk Timbalan Perdana Menteri sebelum ini, Allahyarham Tun Ghafar Baba.

Malah, kru filem KSJ memeluk erat dirinya kerana sewaktu itu filem berkenaan ditolak pada saat akhir yang menyaksikan filem Tsu Feh-Sofiah yang merangkul kemenangan.

"Rupanya, Nasir Jani (pengarah filem KSJ) dan kawan-kawan meraikan gua bukan kerana gua menang award tetapi kerana tolak award, sebab?

"Sebab filem KSJ rupanya ditolak saat akhir dan ia diumumkan di atas pentas. Patutlah gua ditunjuk menang award untuk Tsu Feh-Sofiah rupanya filem KSJ ditendang oleh panel saat akhir," katanya lagi.

Untuk rekod, Pyanhabib selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Hulu Kelang pada 11.25 pagi Rabu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram