SETIAP anak pasti mahu menggunakan sebaik mungkin peluang dan ruang yang ada untuk membahagiakan kedua-dua orang tua.
Walaupun tidak terbalas segala jasa dan pengorbanan mereka, sekurang-kurangnya berusaha untuk memberikan senyuman lebar di pipi mereka mampu memuaskan hati setiap anak.
Menjadi contoh kepada masyarakat, tindakan pelawak dan pelakon, Zizan Razak menghadiahkan ibunya sebuah kereta Mercedes Benz GLC300 keluaran baharu menerima pujian warga maya.
"Anak muda yang baik. Hargai ibu anda adalah idea yang bagus," tulis Jacky Lim Meng Yeong.
"Sejuk perut ibu dapat anak macam ini," tulis Ara Auni.
BACA LAGI: 'Pakar bedah' telefon pintar menuntut ilmu sampai Bogor, tak menang tangan baiki 'motherboard'
Tidak hanya itu, Zizan Razak kini digilai ramai kaum wanita di luar sana yang mengimpikan untuk berkahwin dengan dirinya sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Seorang pengguna TikTok dengan nama Yuliananana berasa rupa paras Zizan Razak kini memukau dirinya.
"Hensem pula Zizan, haha," tulisnya.
Seorang pengguna dengan nama panggilan Ekin pula berharap dapat berjodohan dengan pelawak berkenaan.
"Salam, bila kita boleh kahwin." tulisnya.
Pengguna yang lain dengan nama Yana pula beranggapan Zizan Razak masih belum melangsungkan pernikahan kerana berjodoh dengannya.
"Aku rasa Zizan tak kahwin lagi kerana aku selalu doa dia jodoh dengan aku, kan best dapat berkahwin sebelum Aidilfitri ini," tulisnya.
Dalam pada itu, terdapat juga seorang pengguna Facebook, Putera Karl Danish yang turut memasang impian untuk menghadiahkan ibu bapanya seperti yang dilakukan oleh Zizan Razak.
"Impian!! Harap suatu hari nanti dapat hadiahkan untuk kedua-dua ibu bapa," tulisnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram