Warga asing didakwa ternak lembu di kaki lima dekat Selayang, rakyat gesa PBT ambil tindakan


  • Tular
  • Jumaat, 15 Dis 2023

Tangkap layar lembu yang dibela di kaki lima PBU Selayang, Batu Caves yang tular pada Jumaat. 

TULAR di media sosial mengenai tindakan warga asing yang didakwa membela lembu di kaki lima di Pusat Bandar Utara (PBU) Selayang, Batu Caves, Selangor.

Gambar yang dimuatnaik oleh salah seorang pengguna di laman X (dahulu dikenali Twitter) pada Khamis menunjukkan beberapa lembu berada di tengah-tengah lorong kedai sekitar kawasan berkenaan.

"Punyalah si*l perangai warga asing ini sampai dekat kaki lima pun boleh bela lembu," tulis @Malaysiaviralll.

Dalam pada itu, tiang yang berada pada sekitar kawasan kedai turut dijadikan sebagai tempat menambat lembu, dengan tujuan bagi mengelakkan haiwan itu terlepas.

GBSOfWCaAAEVSvq (1)

Penternakan lembu di kawasan berkenaan mengundang kekotoran.

Selain membela lembu, kawasan persekitaran di lokasi tersebut juga amat kotor dengan sampah sarap berselerak di kawasan yang sama.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berharap pihak berkuasa seperti Majlis Perbandaran Selayang (MPS) segera mengambil tindakan bagi mengatasi masalah itu.

"Daripada aku zaman sekolah tahun 2007 sampai sekarang tahun 2023 tiada pun imegresen datang buat ambush dekat situ kawasan Selayang. Sampai dah jadi kampung besar warga asing dah di situ," tulis Khairi Hary.

"Kalau pihak berkuasa tak mahu buat kerja dia. Biar warga tempatan yang ganti. Ini tanah air kami. Dasar warga asing buat kotor macam negara dia. Ehh," tulis Siti Norasyikin2.

"Imigresen pantau sikit pendatang-pendatang asing ini. Dia buat macam negara mereka dah. Agak-agaklah, menumpang buat cara menumpang," tulis AzrulLaa.

Sebelum ini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) berkata, pemilik haiwan yang membiarkan ternakan mereka berkeliaran di jalanan boleh dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak melebihi RM500 bagi setiap ekor.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung isu itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram