Sabah FC dilabel tak pandai jaga pemain, 2 import 'function' dah dalam radar kelab lain


  • Podium
  • Isnin, 11 Dis 2023

Sabah FC kini menghuni kedudukan keempat Liga Super dengan memungut 51 mata. — Facebook/SabahFC

CERITA mengenai perpindahan pemain Liga Super kebelakangan ini merancakkan lagi modal berborak penyokong bola domestik terutamanya apabila khabar angin berkenaan melibatkan nama besar dan pemain yang disifatkan tonggak pasukan.

Dari berita perpindahan kelab di Utara tanah air sehingga pasukan berpangkalan di Borneo, ada sahaja desas-desus yang singgah di setiap media sosial penyokong dan ada di antara khabar angin berkenaan mendapat respons kurang menyenangkan dari peminat.

Misalnya, Sabah FC menerima kritikan keras daripada penyokongnya apabila dua pemain penting The Rhinos iaitu Miguel Cifuentes dan Ramon Machado dikhabarkan akan berhijrah ke pasukan lain pada saingan musim depan.

Menerusi laman penyokong bola sepak tanah air, Malayantigersfans menyatakan bahawa dua tonggak import itu berkemungkinan tidak akan menyambung perjuangan bersama The Rhinos sekiranya tiada sepakatan mengenai kontrak antara mereka dengan pihak pengurusan Sabah FC.

WhatsApp Image 2023-12-11 at 19.48.51

Machado membantu serangan Sabah FC dengan mencetak 12 jaringan gol dalam semua pertandingan Sabah FC. — Facebook/SabahFC

“Difahamkanm Sabah FC sedang berunding untuk kekalkan Ramon Machado untuk musim baharu, di mana kontraknya bakal tamat 31 Disember 2023 ini. Namun sekiranya tiada kata sepakat tercapai, kemungkinan Machado bakal beralih angin baharu.

“Khabar angin kaitkan pemain import Sabah FC iaitu Miguel Cifuentes, dalam radar beberapa pasukan Liga Super dan Liga 1 Indonesia berminat dapatkan khidmatnya. Difahamkan Cifuentas masih berbaki kontrak bersama Sabah FC sehingga musim depan,” tulis laman Facebook berkenaan.

WhatsApp Image 2023-12-11 at 19.48.50

Cifuentas menyertai Sabah FC pada jendela perpindahan Julai lalu. — Facebook/SabahFC

Walaupun info mengaitkan dua pemain berkenaan masih berstatus sebagai khabar angin namun ia menimbulkan kekecewaan penyokong sehingga mereka melabel pihak pengurusan seakan-akan tidak pandai menjaga pemain untuk kekal.

“Tidak pandai jaga pemain Sabah ini,” dakwa penyokong The Rhinos, kasut barai.

Nampaknya mula sudah tawaran-tawaran menarik untuk pemain-pemain yang bagus. Jikalau majikan tidak data menyakinkan maka selamat tinggal lah jawabnya,” komen penyokong, Abd Aziz.

Rugi Sabah kalau lepaskan, pemain rajin,” itu pendapat yang dikeluarkan oleh Rudy Ahmad. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram