'Ku sangka turun, rupanya naik', warganet kecewa bayangan harga beras dan gula bakal berubah


  • Massa
  • Isnin, 13 Nov 2023

Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, harga beras tempatan dicadang naik kepada RM3.20 sekilogram, manakala harga gula RM3.80.

ISU tentang harga barang mentah dan keperluan asas sememangnya tidak pernah lekang menjadi topik perbualan masyarakat Malaysia.

Masalah kenaikan barangan ini seakan-akan tiada penghujung sehingga memberi tekanan kepada rata-rata rakyat Malaysia.

Pada 19 September lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa tiada kenaikan harga beras tempatan.

Namun, pada Isnin ini, kerajaan mengatakan bahawa harga beras putih tempatan dan gula berkemungkinan dinaikkan tidak lama lagi.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, harga beras tempatan dicadang RM3.20 sekilogram, manakala harga gula RM3.80.

Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu checking the Local white rice stock at one of the Grocery store in Jalan Kebun, Shah Alam. — KK SHAM/The Star

Datuk Seri Mohamad Sabu mengumumkan harga beras dan gula bakal naik tidak lama lagi.

Menurut beliau, perkara terbabit dibincangkan bersama empat kementerian iaitu Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memastikan tiada pihak yang terbeban.

Meskipun memberi jaminan kenaikan harga tidak akan membebankan, sememangnya rata-rata masyarakat bakal terkesan disebabkan beras dan gula merupakan antara salah satu makanan utama rakyat di negara ini.

WhatsApp Image 2023-11-13 at 12.58.08 PM

Harga gula dijangka naik kepada RM3.80.

Dalam pada itu, warganet dilihat menyuarakan pendapat mereka mengenai pengumuman kenaikan harga beras putih tempatan dan gula.

"Bagus cadangan ini. P. Ramlee cakap ini perancangan keluarga. Tak boleh makan nasi banyak-banyak, nasi mengandungi banyak kanji banyak penyakit datang. Manis-manis pun tak boleh makan banyak, boleh menyebabkan obesiti. Kurangkan manis dalam minuman lebihkan dalam senyuman," kata Junaidi Nasharudin dalam nada sindiran.

"Ku sangka turun.....rupanya naik," kata Samsudin Yusof.

"Kenapa tidak naikkan sampai RM10, biar ramai makan ubi kayu sahaja," kata Raqeb Reza Azman.

"Kau tetapkan RM5 pasti lebih mudah kira, apalah lebih harga sen-sen sebegini," kata Mohd Fahmi Man.

Ketika ini, harga semasa bagi beras adalah RM2.60 sekilogram manakala harga siling untuk gula adalah ditetapkan pada RM2.85 sekilogram. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram