[VIDEO] Lepas tunjuk skil atas padang, import Sang Penyu pamer kebolehan main ping pong


  • Podium
  • Jumaat, 10 Nov 2023

Pemain tengah TFC, Omid kini bergelut untuk mendapatkan minit permainan. — Instagram/omidnazari

TERENGGANU FC (TFC) berjaya mengutip tiga mata penuh pada perlawanan keempat menentang Stallion Laguna dengan kemenangan tipis 3-2 dalam perlawanan Piala AFC di Stadium Bola Sepak Binan, Laguna, Filipina pada Rabu.

Pada perlawanan pertama sebelum ini, skuad Peteh hanya mengutip satu mata di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Kuala Terengganu, Terengganu apabila mengikat Stallion Laguna FC 2-2.

Dengan kemenangan itu, Sang Penyu berada di kedudukan kedua Kumpulan G dengan meraih lapan mata selepas empat perlawanan.

Bagaimanapun, gelagat import Sang Penyu sempat mencuri tumpuan penyokong bola sepak tanah air ketika pasukan TFC masih berada di bumi Filipina.

Menerusi satu perkongsian video di Facebook, pemain tengah TFC, Omid Nazari mencuri tumpuan penyokong tanah air apabila menunjukkan bakat terpendamnya.

Bukan sahaja hebat di atas padang malah Omid sempat mempamerkan kebolehannya bermain ping pong bersama rakannya ketika itu.

Dalam pada itu, rata-rata penyokong sempat bergurau dengan memberi cadangan agar pemain kacukan Iran-Filipina itu menjadi wakil Terengganu untuk sukan ping pong.

"Omid wakil ping pong untuk Terengganu pula," kata Keito Watanabe.

"Boleh dah ni Terengganu hantar Omid wakil ping pong," kata Azfan Aniq.

"Nampak dah masa depan Omid, mesti padu ni main ping pong," kata Asbullah Nazri.

Dalam aksi berdepan wakil kelab Filipina itu, pengendali TFC, Tomislav Steinbruckner tidak menggunakan khidmatnya sekali gus Omid semakin bergelut untuk mendapatkan minit permainan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram