PIALA MFL 2023 semakin hampir untuk melabuhkan tirainya dengan dua pasukan berjaya mara ke perlawanan akhir aksi tersebut.
Johor Darul Takzim (JDT II) dan Terengganu FC (TFC II) berjaya menempah tiket ke pentas akhir Piala MFL 2023.
Aksi final yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Sabtu itu menyaksikan skuad kendalian Hairuddin Omar akan membuat perhitungan dengan pasukan JDT II bagi menentukan pasukan mana yang bakal bergelar juara sulung liga divisyen dua itu.
Nizarruddin (kanan) mahu penyokong Harimau Selatan datang memberi sokongan kepada JDT II pada aksi final Piala MFL di Stadium Cheras. — Instagram/Officialjohor
Menerusi perkongsian video di X (Twitter), Malaysian Football League sempat berkongsikan ucapan daripada Ketua Jurulatih JDT II, Echeverria Mariano Raul yang menginginkan agar penyokong Harimau Selatan datang ke Stadium Cheras pada aksi final nanti.
"Saya harap semua penyokong JDT II akan datang menyaksikan perlawanan menentang Terengganu pada final nanti di Stadium Cheras," katanya.
Sementara itu, pemain tengah JDT II, Nizarruddin Jazi turut berharap agar semua penyokong Harimau Selatan dapat hadir untuk memberikan sokongan kepada mereka di Cheras nanti.
"Kepada fans JDT, saya harap semua dapat datang ke Stadium Cheras untuk memberi semangat kepada pasukan JDT II, ini adalah aksi pertama kami di Piala MFL.
"Kami harap kami dapat buat yang terbaik untuk semua rakyat Johor," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram