SELANGOR FC sekali lagi membuktikan merekalah jaguh sebenar selepas menewaskan Perak FC 4-0 dałam pertembungan istimewa yang digelar El Clasico Malaya di Stadium Majlis Bandararaya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor pada Sabtu.
Ia adalah kemenangan kedua Gergasi Merah selepas turut membelasah The bos Gaurus (TBG) 4-0 dalam aksi Liga Super pusingan pertama pada 20 Mei lalu di Stadium Perak, Ipoh.
Perlawanan di babak pertama 'El Clasico Malaya' itu menyaksikan Selangor FC tidak membuang masa untuk mencuba serangan demi serangan dan peluang berhasil diterjemahkan dalam bentuk jaringan apabila Shahrul Nazeem mencatat nama selaku penjaring pertama.
Bek tengah Selangor FC itu menggunakan kesempatan sepakan sudut dari pemain tengah kelahiran Colombia, Yohandry Orozco dengan menanduk pantas bola berkenaan seawal minit ketiga.
Shahrul Nazeem ataupun Afro mencetak jaringan pertama buat Selangor FC. — Facebook/SelangorFC
Percaturan pasukan tuan rumah sekali lagi menjadi apabila Mukhairi Ajmal mengambil kesempatan atas kelekaan pertahanan Perak dengan mencetrak jaringan kedua pada minit ke-33 permainan.
Bersambung pada babak kedua, menyaksikan Selangor terus selesa menambah gol apabila kali ini Orozco pula mencetak nama sebagai penjaring pada masa separuh minit ke-72 sebelum Ayron Del Valle turut menambah duka Perak FC pada minit ke-80.
Pertahanan yang dianggap longgar oleh sesetengah penyokong skuad Seladang didakwa sebagai punca kekalahan anak-anak buah Yusri Che Lah di MBPJ sehingga Gergasi Merah mudah membolosi empat gol.
"Defend ntah apa-apa...dapat bola lepas itu hilang bola balik," kata penyokong Perak, Ahmad Ahamd.
"Kebanyakkannya asas bola sepak pun tiada. Tahan bola, decision making semua tak kemas. Serangan pun," tambah penyokong TBG, Adib Mat Saman.
Dengan keputusan ini, Selangor menduduki tangga kedua liga dengan 55 mata, manakala Perak berada di tangga kesembilan liga dengan mengutip sebanyak 22 mata. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram