Game simple China 'membunuh' Malaysia


  • Podium
  • Isnin, 02 Okt 2023

Skuad Speedy Tigers mengalami episod menyedihkan dalam Sukan Asia kali ini setelah terdampar di peringkat kumpulan. — Twitter/HokitaMy

HARAPAN kontinjen hoki negara untuk menyumbang pingat dalam Sukan Asia Huangzhou tidak kesampaian apabila mereka gagal melepasi peringkat kumpulan.

Keputusan seri 4-4 dalam aksi penutup pada Isnin menentang China menyaksikan skuad Speedy Tigers untuk menempah slot ke separuh akhir dengan pasukan berkenaan hanya berada di tangga ketiga Pool B.

Kegagalan itu sudah tentu memberi tekanan buat skuad kendalian A Arul Selvaraj yang diberikan harapan tinggi daripada peminat sukan hoki dalam edisi kali ini.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian Majoriti di laman media sosial, mereka berasakan kealpaan pemain menyebabkan mereka hanya membawa pulang satu mata.

Pengguna Twitter, Irfan Newboys mengatakan pemain yang diturunkan kerap melakukan kesilapan sepanjang permainan sehingga merugikan pasukan.

"Terlalu banyak kesilapan, Malaysia pun tak cukup pantas. China bermain dengan cukup tenang, tetapi membunuh apabila kita tidak dapat menghalang hantaran lawan.

WhatsApp Image 2023-10-02 at 23.21.45

Pemain hoki negara kelihatan cukup kecewa setelah hasrat mereka untuk memenangi pingat dalam Sukan Asia 2023 tidak kesampaian. Twitter/Adam Adli

"Pukulan sudut penalti terakhir yang kita terima tidak sepatutnya berakhir dengan kesilapan sebegitu. Tidak mengapalah, bangkit di Kelayakan Olimpik," ciapnya.

Pandangan itu turut dirasai Samad Dodol yang melihat skuad hoki negara terlalu memandang rendah lawan mereka sehingga memudahkan benteng pertahanan pasukan dibolosi.

"Terlalu ambil mudah pasukan China. Terlalu lama memegang bola tetapi tidak cuba untuk menembusi benteng pertahanan.

"Kesilapan kecil yang cukup basic jadi punca dibolosi. Skrip yang sama setiap kali masuk mana-mana kejohanan. Boleh cuba lagi untuk pertandingan akan datang," katanya.

Selepas ini, skuad Speedy Tigers bakal berdepan Bangladesh yang turut menamatkan saingan peringkat kumpulan dalam Pool A untuk menentukan pasukan di tangga ketujuh.

Kali terakhir pasukan hoki negara membawa pulang pingat dalam Sukan Asia adalah pada edisi 2018 apabila mereka muncul sebagai naib juara setelah tewas kepada Jepun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram