Fans salahkan Tomi, simpan pemain utama hadapi AFC CUP punca Sang Penyu menangis dihenyak Gergasi Merah


  • Podium
  • Sabtu, 30 Sep 2023

Skuad Sang Penyu itu dibelasah teruk 0-4 oleh pasukan lawan selepas sebelum ini mengalahkan kelab Gergasi Merah dalam aksi Piala Malaysia yang menyaksikan pasukah Peteh mara ke separuh akhir untuk menentang Kuala Lumpur City FC (KL City FC). — Facebook/TerengganuFC

KEKALAHAN pasukan Terengganu FC kepada Selangor FC Liga Super yang berlangsung di gelanggang keramat sendiri pada Jumaat sudah semestinya ibarat menambah luka di hati penyokong.

Manakan tidak, skuad Sang Penyu itu dibelasah teruk 0-4 oleh pasukan lawan selepas sebelum ini mengalahkan kelab Gergasi Merah dalam aksi Piala Malaysia yang menyaksikan pasukan berkenaan mara ke separuh akhir untuk menentang Kuala Lumpur City FC (KL City FC).

Kekalahan anak-anak buah Tomislav Steinbruckner di kandang sendiri tidak sepatutnya berlaku di saat pasukan tersebut mampu mengalahkan Selangor FC yang berada di tangga kedua carta Liga Super dengan pungutan 52 mata penuh setakat ini.

Melihat kepada kekalahan tersebut, ada dalam kalangan penyokong yang berasakan ia berpunca daripada taktikal Tomislav yang menyimpan beberapa pemain utama bagi menghadapi saingan Piala AFC menentang Bali United 4 Oktober ini.

384754805_303175269090581_7735380706370011395_n

Aksi kesebelasan utama pemain skuad Penyu yang diturunkan juga kelihatan agak kucar-kacir memandangkan tonggak utama mereka seperti Ivan Mamut yang hanya diturunkan pada separuh masa kedua. — Facebook/TerengganuFC

Perkara itu diluahkan oleh seorang penyokong melalui satu ciapan di laman X (Twitter), @lsasukeyell pada Jumaat.

"Simpan pemain untuk AFC CUP, kena bantai di gelanggang sendiri. Rasanya adil atau tidak untuk penyokong yang datang dari jauh? Tanya sahaja," luahnya.

Malah percaturan meletakkan penjaga gawang Muhammad Rahadiazli Rahalim menggantikan Mohd Suhaimi Husin pada perlawanan tersebut juga merupakan kesilapan besar yang dibuat oleh Tomislav pada perlawanan tersebut.

Malah, aksi kesebelasan utama pemain skuad Penyu yang diturunkan juga kelihatan agak kucar-kacir memandangkan tonggak utama mereka seperti Ivan Mamut yang hanya diturunkan pada separuh masa kedua.

Pada ketika ini, Terengganu FC berada di tangga keenam carta Liga Super dengan mengumpul 35 mata penuh. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram