PERSOALAN mengenai gandingan terbaik buat penyerang import Sri Pahang FC, Kpah Sherman masih belum terjawab dengan penyokong kelab itu masih berteka-teki.
Pada musim ini, ketumpulan jentera serangan Sri Pahang FC boleh dikatakan sebagai salah satu punca pasukan Pantai Timur itu tidak berada dalam kelompok tiga pasukan teratas Liga Super.
Selepas 20 perlawanan, skuad Tok Gajah itu hanya mampu berada di tangga kelima carta Liga Super setakat ini.
Malah, harapan yang disandarkan kepada pemain sayap yang dimiliki seperti Baqiuddin Shamsudin dan Azrif Nasrulhaq untuk menjaringkan gol juga terus mengecewakan penyokong skuad Tok Gajah.
Ketiadaan penyerang kelahiran Brazil, Lucas Silva berikutan kecederaan jangka masa panjang dan Rafael Silva yang kurang memberangsangkan juga menyaksikan prestasi jentera serangan pasukan tersebut kurang memberangsangkan pada ketika ini.
Sehubungan itu, ada dalam kalangan penyokong juga banyak melihat tugas tersebut dipikul sepenuhnya oleh Kpah.
Sepanjang 10 penampilan bersama Sri Pahang, Aguero telah meledakkan empat gol dan tiga bantuan gol setakat ini. — Facebook/SriPahangFC
Bagi segelintir penyokong, pemain import kelahiran Liberia itu memerlukan seorang gandingan pemain yang serasi dan boleh mengikut rentaknya bermain di atas padang.
Antara calon yang dirasakan sesuai untuk memikul tanggungjawab tersebut ialah Sergio Ezequiel Aguero.
Apatah lagi pasukan tersebut bakal bertemu semula dengan pasukan Kuala Lumpur City dalam aksi timbal balik Piala Malaysia pada Sabtu ini yang bakal berlangsung di Stadium Darul Makmur, Ahad ini.
Perkara tersebut telah disuarakan kelab peminat melalui satu ciapan di laman X (Twitter) @TwtBolaPahang pada Jumaat.
"Dalam kita semua memikirkan tentang Kpah perlukan pembantu, siapakah calon yang sesuai. Sebenarnya masalah kita dah lama selesai, sebelum hadirnya Rafael lagi.
"Ya Aguero. Cuma dia ini banyak cedera musim ini. Kadang kacau kalau dia tak ada, itu pendapat aku lah.
"Itu belum ditambah bila dia berada dalam prestasi tidak memberangsangkan lagi (off form) tapi itu biasa sebagai pemain, ada masa off form dia," tulisnya.
Kehadiran Rafael ke Sri Pahang FC diharapkan dapat membantu memperkasakan pasukan itu bagi menghadapi baki saingan Liga Super. — Facebook/SriPahangFC
Sepanjang 10 penampilan bersama Sri Pahang, Aguero telah meledakkan empat gol dan tiga bantuan gol setakat ini.
Dia kurang diturunkan kerana mengalami kecederaan di bahagian kaki.
Jadi, dalam harapan untuk mengisi kekosongan, pihak pengurusan bawa masuk Rafael untuk menambah baik jentera serangan Sri Pahang
Namun, langkah berkenaan tidak membuahkan hasil seperti mana diharapkan apabila penyerang kelahiran Brazil itu turut mengalami kecederaan.
"Tapi ya lah bila kerap dia cedera itu dah ganggu perancangan ketua jurulatih, Fandi Ahmad. Jadi aku beranggapan masuknya Rafael untuk cover bila Aguero ni off form atau cedera.
"Tetapi meleset pula semua ni sebab aku boleh kata Rafael pun sama saja. Musim ni lepas dia masuk masa transfer window bulan Jun hari itu berapa kali saja dia bermain?
"Sedangkan dia datang untuk bantu Kpah sebab itu masalah utama selain posisi sayap kanan dan kiri," katanya.
Kesimpulannya, menurut pentadbir laman Twitter berkenaan, dia masih mengharapkan sekiranya dapat menurunkan Saiful Jamaluddin untuk mengisi posisi Aguero sementara pemain naturalisasi itu diletakkan di bahagian sayap untuk membantu Kpah.
"Aku masih harapkan kalau Fandi dapat turunkan Saiful untuk cover posisi dan letakkan terus Aguero digandingkan dengan Kpah atau letakkan Aguero sebagai penyerang kedua.
"Sebab kena cari gol untuk tutup kelebihan yang skuad Warga Kota ada walaupun cuma satu gol. Peluang terakhir sudah perlawanan Ahad ini," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram