KEMALANGAN yang meragut nyawa dua penunggang motosikal di KM 5.7 Jalan Persiaran Utara menghala ke Puchong berhampiran susur keluar Persiaran Timur kira-kira pukul 10.14 pagi Rabu sudah semestinya menjadi bualan masyarakat pada ketika ini.
Manakan tidak, kemalangan itu dikatakan berpunca daripada sebuah lori yang dipercayai merempuh konvoi polis dan kereta orang awam.
Turut tampil memberikan pandangan terhadap kemalangan insiden tersebut ialah penganalisis automotif tempatan, Hazeri Samsuri.
Menurutnya, kemalangan yang membabitkan lori dan kenderaan berat di lebuh raya tersebut bukanlah satu perkara baharu yang sering menjadi bualan orang awam.
Penganalisis automotif tempatan, Hazeri Samsuri. — Instagram/Hazeri
"Semua orang tahu lori di lebuh raya MRR2 tersebut memang laju terutamanya ketika menurun bukit.
"Kita buat laporan pun tak guna, esok dia buat lagi. Sama macam bas ekspres kat MRR2. Kau tegurlah, pemandu dia hon suruh kau ke tepi," katanya melalui satu ciapan di laman X (Twitter) peribadi miliknya pada Rabu.
Hazeri dalam pada itu turut berharap agar pihak berkuasa benar-benar serius dalam menjalankan tanggungjawab mereka.
Tambahnya, setakat dua atau tiga kali operasi setahun tidak akan mampu menyelesaikan isu tersebut secara tuntas.
"Dah berapa kali benda macam ini jadi dalam setahun? Berapa banyak lagi nyawa pengguna yang tertib mati macam itu saja?
Semua orang tau lori kat jalan situ yang menurun bukit tu memang laju.
Kita report pun tak guna, esok dia buat lagi. Sama macam bas express kat MRR2. Kau tegur la, driver dia horn suruh kau ke tepi.
Aku sangat berharap pihak berkuasa betul betul amek tindakan serious, bukan... pic.twitter.com/PbIEkyn0gE
— Hezeri Samsuri (@HezeriSamsuri) September 20, 2023
"Aku nak tengok respons polis and sebagainya, dan kepada semua menteri pengangkutan, this is on you.
"Dah bertahun-tahun kata nak cari jalan untuk menyelesaikan had laju dan mencari jalan mendisiplinkan pemandu lori yang bermasalah terutamanya melibatkan pemandu yang dibayar mengikut trip.
"Takziah kepada keluarga mangsa-mangsa. Suruh menteri datang mintak ampun," tegasnya.
Terdahulu, Majoriti melaporkan kejadian itu tular selepas rakaman kemalangan dikongsikan orang awam di Twitter.
Menerusi video yang dimuat naik menunjukkan detik-detik sebelum kemalangan yang mana sebuah lori dilihat gagal berhenti hingga menyebabkan pelanggaran dengan beberapa buah kenderaan di tempat kejadian.
Dalam satu rakaman video berbeza orang awam dilihat merakam keadaan selepas kemalangan yang menunjukkan beberapa kereta dan motosikal kemek 'disodok' lori terbabit. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram