Masih wujud atau makan gaji buta', fans Penang FC tanya mana maruah pihak pengurusan


  • Podium
  • Ahad, 16 Jul 2023

Sebahagian aksi Selangor FC ketika bertemu skuad Harimau Kumbang dalam aksi saingan Liga Super di Stadium MBPJ pada Sabtu. — Facebook

PRESTASI tidak konsisten yang dipamerkan pasukan Penanag FC dalam beberapa siri aksi perlawanan Liga Super menyebabkan ada dalam kalangan penyokong mula meluahkan rasa kecewa mereka menggunakan medium media sosial.

Manakan tidak, sepanjang 17 perlawanan, skuad The Black Panthers itu hanya mencatat lima kemenangan berbanding lapan kekalahan dan empat seri pada ketika ini.

Lebih menghampakan lagi, aksi kurang memberansangkan yang dipamerkan anak buah Manzoor Azwira Abd Wahid ketika menentang Selangor FC pada pada Sabtu membawa padah apabila skuad The Red Giants menang mudah di gelanggang sendiri dan membenamkan Penang FC dengan 3-0.

Melihat kepada prestasi tersebut, ada dalam kalangan penyokong berharap pihak pengurusan pasukan Pulau Mutiara itu mengambil langkah drastik dan membuat percaturan semula barisan pemain terutamanya dalam memperkukuhkan jentera pertahanan dan serangan.

Antara yang lantang memberi kritikan kepada skuad Penang FC ialah laman penyokong Ultras Panthers11 yang mempersoalkan di mana silapnya taktikal atau percaturan jurulatih yang menyaksikan Harimau Kumbang seperti tidak bermain di tahap terbaik.

Faisal mencetak gol ketiga yang juga gol kemenangan skuad Selangor FC. — Selangor FC

Faisal mencetak gol ketiga yang juga gol kemenangan skuad Selangor FC. — Facebook/Selangor FC

Menerusi satu hantaran di Facebook pada Ahad, Ultras Panthers11 mempersoalkan apa yang dibuat oleh pihak pengurusan dalam pasukan Penang FC dalam saingan Liga Super musim ini.

Bolos yang sering terjadi di setiap perlawanan,silap percaturan atau leka? 17 perlawanan hanya mengumpul 19 mata.

"22 jaringan tanpa penyerang berbisa dan masih tergantung tanpa penyerang di pusingan ke dua liga.Dimana silapnya pemilihan pemain atau transfer window kedua?

"28 bolos di setiap perlawanan di tempat sediri dan lawan sedangkan Penang FC ada tiga penjaga gawang, kenapa tidak turunkan penjaga gol yang pernah menunjukkan prestasi yang terbaik sebelum ini?

"Malah, barisan pertahanan juga masih teruk bila kena counter attack dari pihak lawan .. Benda ni dah terjadi sejak awal perlawanan liga lagi tapi sehingga pusingan ke dua masih sama tanpa perubahan,"tulisnya.

Malah pentabir halamanan Facebook berkenaan turut meluahkan rasa kecewa dengan sikap pengurusan Harimau Kumbang yang acuh tak acuh itu.

"Kami hanya penyokong yang cikai yang tak mampu memberikan teguran kepada anda. Siapalah kami di mata anda semua wahai pemain ? 14 negeri penyokong redah demi berjuang bersama.

"Mengapa harus dibalas sebegini kepada penyokong dimana maruah kamu semua? Oh pengurusan apa yang kamu cuba buat dalam pasukan Penang FC sekadar bagi ada tanpa kejar sesuatu ? Lembaga pengarah dan pengarah teknikal dalam pengurusan masih wujud atau makan gaji buta," katanya lagi.

Untuk rekod, Penang FC kini hanya mampu berada di tangga 10 carta Liga Super. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram